Si Cantik Regina Di Bunuh Kejam.Tubuh Di Cangkuk,Kem@luannya Di Kelar
Tatap foto gadis berbaju hitam ini. Gadis ini cantik, berkulit putih dan berambut pendek. Daripada segi fizikal, gadis ini kelihatan masih muda.
Tetapi, lihat pula pada raut wajahnya. Bagai ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik air mukanya. Anak mata yang lemah menggambarkan perasaan yang bersarang dalam benaknya. Ketakutan, celaru dan perasaan ‘tidak rela diperlakukan sebegitu’ jelas terpancar melalui anak mata gadis ini. Sementara kedua-dua belah tangannya mengacung ke hadapan seperti mahu menahan sesuatu. Jelas, di hadapannya ada sesuatu yang mengganggu.
Foto terakhir sebelum gadis ini dibunuh.
Siapa gadis dalam foto ini? Apa sebenarnya yang berlaku?
Gadis berbaju hitam ini bernama Regina Kay Walters. Ketika potret ini diambil, Regina baru berusia 14 tahun. Ia adalah foto terakhir Regina yang dipotret sejurus sebelum dia dibunuh. Gadis ini merupakan salah seorang mangsa korban pembunuh bersiri di Amerika Syarikat.
Pembunuhnya adalah lelaki bernama Robert Ben Rhoades. Lelaki ini merupakan seorang pembunuh psiko yang memandu trak 18 tayar untuk melakukan pembunuhan di beberapa lokasi sekitar Amerika. Di dalam trak tersebut dia menyimpan pelbagai peralatan penyeksaan untuk membunuh mangsa.
Robert Ron Rhoades.
Lori penyeksaan itu cukup lengkap serba-serbi. Ada tilam untuk tidur, ada cangkuk pada dinding untuk mengikat mangsa.
Rhoades turut menyimpan sebuah beg bimbit yang dianggap seperti kit membunuh. Antara peralatan yang terdapat dalam beg bimbit itu ialah cemeti, jarum, gari, cangkuk besi, kalung anjing, klip buaya dan beberapa peralatan tajam lain.
Sebelum membunuh, Rhoades akan merogol dan menyeksa mangsa-mangsanya terlebih dahulu dalam tempoh dua hingga tiga minggu, dan kemudian memotret foto mereka.
Dalam kes Regina Kay Walters ini, gambar gadis tersebut telah diambil di sebuah bangsal usang di Illinios.
Sebelum gadis itu dibunuh, rambutnya telah dipotong dan Regina dipaksa mengenakan gaun hitam berserta kasut tumit tinggi. Setelah potretnya diambil, leher Regina telah dijerut menggunakan kabel tembaga. Mayatnya telah ditinggalkan di bangsal berkenaan dalam keadaan yang mengerikan. Kemaluannya dikelar dan tubuhnya dicangkuk dengan mata kail. Kes ini berlaku pada Februari 1990.
Foto terakhir Regina sebelum dia dibunuh kejam.
Kegiatan Terbongkar!
Seperti sifat pembunuh bersiri lain yang pernah direkodkan, Rhoades juga sama. Dia menikmati setiap kali melakukan penyeksaan terhadap mangsa. Ada mangsa yang dirogol, dan ada juga yang hanya disiksa semata-mata. Rhoades akan menyimpan barang peribadi atau potret mangsa-mangsanya sebagai koleksi.
Kebanyakan mangsa Rhoades adalah golongan remaja perempuan yang bermasalah. Mereka lemah dan apabila lari meninggalkan keluarga, gadis-gadis ini memerlukan perlindungan. Di sinilah Rhoades memasang perangkap, dan dia membuka pintu traknya untuk ‘membantu’ mereka.
Pada peringkat awal, kebanyakan gadis-gadis ini berasa selesa dengan Rhoades. Dari segi luaran, lelaki itu nampak baik, tenang dan bersifat pelindung seperti seorang bapa. Namun, semua itu hanya sementara sebelum dia mendedahkan sifatnya yang sebenar.
Beg yang berisi pelbagai alat penyiksaan dan untuk membunuh kepunyaan Rhoades.
Gaya hidup sebagai seorang pemandu trak membuatkan modus operandi Rhoades sukar untuk dikesan. Dia melakukan jenayah di kawasan yang tersembunyi, iaitu di dalam traknya sendiri.
Lokasi jenayah yang sentiasa berubah membuatkan kegiatan Rhoades sukar dihidu. Traknya dipandu antara satu bandar ke bandar lain untuk mencari mangsa.
Mangsa yang dibunuh akan ditinggalkan di suatu lokasi, kemudian dia akan bergerak ke lokasi lain. Ada mangsa yang dibuang di dalam tong sampah, dan ada juga yang ditinggalkan di tepi jalan.
Kegiatan kejam Rhoades dipercayai bermula pada awal tahun 1980-an. Namun, hanya pada pertengahan tahun 1990, Rhoades berjaya ditahan oleh anggota polis berhampiran bandar Tucson, Arizona ketika dia meletakkan kenderaannya di bahu jalan.
Pihak polis yang kebetulan melalui kawasan tersebut telah mendengar jeritan seorang wanita di dalam trak berkenaan. Lantas, mereka memeriksa trak Rhoades dan mendapati keadaan di dalamnya amat mengerikan serta terdapat seorang mangsa yang masih hidup.
Rhoades telah ditahan dan disiasat kerana disyaki melakukan jenayah. Tidak lama kemudian, seorang saksi bernama Lisa Pennal tampil menceritakan pengalamannya diculik oleh Rhoades. Dia juga telah diseksa, namun berjaya melepaskan diri daripada pembunuh bersiri itu.
Keterangan daripada Lisa membuatkan pihak berkuasa tidak menunggu lama untuk menggeledah kediaman Rhoades. Di pangsapuri miliknya di Houston, pasukan polis telah menemui beberapa bukti kukuh pembunuhan yang dilakukan. Salah satu daripadanya ialah potret Regina Kay Walters yang mengenakan gaun hitam.
Ketika perbicaraan berlangsung, Rhoades dituduh menculik dan membunuh tiga mangsa sekitar tahun 1990-an. Sekalipun banyak rangka dan mayat yang telah ditemui sepanjang laluan trak yang dipandu oleh Rhoades, namun tiada bukti kukuh yang dapat dikaitkan dengannya. Lelaki tersebut juga mengakui telah melakukan aktiviti tersebut selama 15 tahun yang lalu.
Dalam kes ini, Rhoades telah mengaku bersalah melakukan jenayah seksual dan bunuh. Dia dihukum penjara seumur hidup pada Mac 2012. Dia hanya dikaitkan dengan tiga kesalahan membunuh sahaja. Sekalipun pihak berwajib percaya Rhoades melakukan pembunuhan lebih daripada itu, tetapi mereka tidak punya cukup bukti untuk mendakwanya.
Antara artikel tentang jenayah Rhoades.
Dipercayai Rhoades telah menyeksa, merogol dan membunuh lebih 50 wanita dari tahun 1975 sehingga 1990, berdasarkan kes-kes kehilangan dalam jangka waktu tersebut dan gambar-gambar mangsa yang ditemui.
Sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an, kebanyakan gadis-gadis termasuklah Regina menjadi mangsa keadaan kerana gaya hidup mereka sendiri. Mereka mungkin tidak dikenali ramai kerana tiada sebarang laporan dibuat oleh ahli keluarga mangsa. Gadis-gadis ini mahukan kebebasan dalam hidup, tetapi mereka tidak mampu menghidu bahaya yang ada di depan mata.
Begitu juga dengan Regina Kay Walters, yang dikatakan telah melarikan diri bersama teman lelakinya, Ricky Lee Jones yang berusia 21 tahun. Selepas diperdaya oleh Rhoades, Jones telah dibunuh serta-merta dan mayatnya telah ditemui di Mississippi. Manakala Regina telah disimpan untuk dirogol, diseksa dan akhirnya dibunuh dengan cara tragis.
0 Comments