Kajol Seronok Kuarantin, Dapat Duduk Berasingan Dengan Suami

Kajol Seronok Kuarantin, Dapat Duduk Berasingan Dengan Suami

Kajol Seronok Kuarantin, Dapat Duduk Berasingan Dengan Suami

 Pelakon Bollywood Kajol telah mendedahkan bahawa menjelang akhir pelaksanaan lockdown di India, setiap ahli keluarganya akan mengurung diri mereka di bilik berasingan untuk mendapatkan masa untuk diri sendiri (me-time).


Katanya kepada Hindustan Times, pelakon Dilwale itu dapat manfaatkan tempoh me-time secara ‘maksimum dan menarik’ saat dikuarantin dengan keluarganya tahun lalu. Sepertimana diketahui, Kajol mempunyai dua anak dengan suaminya, pelakon Ajay Devgn.




Dalam temu bualnya, dia mengatakan menjelang akhir tempoh lockdown, keempat-empat anggota keluarga akan pergi ke bilik yang berasingan untuk mendapatkan masa sendiri.


“Ini adalah kuarantin yang menarik bagi kami sebagai sebuah keluarga. Ia sangat bagus dan menarik.”- katanya kepada pinkvilla.


Dia menambah,


“Di akhir kuarantin, saya harus mengatakan bahawa saya sangat bersyukur kerana kami mempunyai empat bilik tidur di rumah. Setiap daripada kita dapat satu bilik dan kita semua boleh masuk ke dalam bilik dan berkurung.. untuk mendapatkan ruang antara satu sama lain. “


Bakal Muncul Dalam Filem Tribhanga di Netflix

Pelakon itu akan dilihat dalam filem Tribangha yang bakal dirilis pada hari Jumaat di Netflix, di mana dia akan bergandingan bersama bintang ain seperti Tanvi Azmi dan Mithila Palkar. Tribangha diarahkan oleh Renuka Shahane.

Post a Comment

0 Comments