Sandra minta baju putih sebelum kemalangan

Sandra minta baju putih sebelum kemalangan

Sandra minta baju putih sebelum kemalangan
Hari ini jenazah Allahyarham, Sandra Dianne, 26, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah, petang tadi.
Suasana pilu menyelubungi sekitar upacara pengebumian penyanyi yang juga bintang Big Stage musim ketiga, ketibaan jenazah dinanti oleh ahli keluarga dan juga penduduk kampyang di Sabah.

Sempat luang masa dengan adik

Bagi ibu kepada Sandra, Nor Syakinah berkata, masih segar dalam ingatannya detik-detik akhir dia bersama anaknya sebelum arwah dimaklumkan terlibat dalam kemalangan.
“Pagi sebelum dia ke latihan penuh, saya kejutkan untuk dia mandi sebelum air tiada. Selepas mandi dan bersiap, seperti biasa dia akan luangkan masa dulu bersama adiknya…”


Dia minta baju putih

Arwah sempat meminta mahu membawa baju berwarna putih, bermula daripada situ ibu Sandra mula berasa tidak sedap hati dan berusaha juga mencari baju putih seperti yang dimahukan.
“Selepas itu dia salam saya dan ayah dia. Sewaktu keluar bilik dia patah balik dan tanya saya jika ada baju putih lengan panjang. Saya cakap tiada, cuma yang ada hanya inner warna putih.
“Dia cakap tidak apa. Saya macam tak puas hati, saya cari lagi baju putih di almari lain dan jumpa. Dia pun bawa baju itu. Ketika itu perasaan saya sudah lain…”

“Bye mama, jangan lupa tutup ‘gate’…”

Kini ungkapan terakhir arwah yang bermain di fikiran ibunya, yang sama sekali tidak menyangka itulah kali terakhir dia mendengar suara Sandra.
“Sebelum dia keluar rumah, saya tunggu di ruang tamu dan berikan dia kata semangat untuk buat persembahan terbaik. Dia pun minta saya doakan untuknya. Selepas salam dan peluk cium, saya pesan untuk memandu berhati-hati.
“Ketika dalam kereta, dia sempat cakap ‘bye mama, jangan lupa tutup ‘gate’. Itulah perbualan terakhir kami…”
Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Semoga keluarga arwah diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini.
Sumber : mStar & Harian Metro

Post a Comment

0 Comments