Keadaan Wajah Jenazah Sandra Dianne Setelah Di Bacakan Yassin

Keadaan Wajah Jenazah Sandra Dianne Setelah Di Bacakan Yassin

Keadaan Wajah Jenazah Sandra Dianne Setelah Di Bacakan Yassin
PESERTA Big Stage 2020 dan penyanyiQody Rany mengakui sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika menziarahi jenazah penyanyi Sandra buat kali terakhir.
Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, berkata, dia yang sampai kira-kira pukul 1.30 pagi Jumaat di bilik mayat Hospital Putrajaya sempat membacakan surah Yasin buat rakannya itu.

Katanya, dia dan beberapa peserta lain bergegas ke hospital sejurus dimaklumkan tentang perkara itu.
"Alhamdulillah sempat menziarahi dia buat kali terakhir dan kami bacakan Yasin, kami balik rumah pukul 5.30 pagi tadi selepas semua selesai.
"Saya sedih sangat bila keluarga dan kawan baik dia beritahu yang Sandra selalu cakap dia selesa berkawan dengan saya di Big Stage tu," ujarnya kepada mStar.


Sandra terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu.
Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuriam, 26, meninggal dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.
Dalam pada itu, Qody berkata, Sandra pernah meluahkan rasa penat kepada guru vokal mereka Cikgu Shafi minggu lalu dan mahu berehat daripada pertandingan itu.

Wajah dia sangat cantik dan bersih.

NANA SHEME

PENYANYI / PESERTA BIG STAGE 2020

"Dia seperti tahu akan meninggalkan kami semua, minggu lalu dia luahkan rasa penat dan dah tak larat. Dia kata tak nak teruskan perjuangan di Big Stage ini.
"Sehari sebelum kemalangan pun saya lihat dia betul-betul lain dan seperti sudah tiada semangat dan wajah penat" ujarnya.
Sementara itu, Nana Sheme atau Nur Nabilah Ashimi, 25, berkata, suasana pilu menyelubungi bilik mayat pada awal pagi Jumaat.
Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini bersyukur berpeluang menatap wajah Sandra buat kali terakhir dan menyifatkan arwah terlalu cantik dan bersih.
"Saya berkesempatan beberapa jam di bilik mayat, sempat juga bacakan doa dan Yasin beramai-ramai.
"Kami dibenarkan masuk secara bergilir untuk lihat arwah buat kali terakhir. Ya wajah dia sangat tenang, cantik dan bersih," ujarnya.


Peserta Big Stage 2020.
Nana berkata, perkara yang berlaku ini memberi hikmah tersendiri dan mengeratkan lagi hubungan mereka peserta Big Stage 2020.
Tambahnya, kehilangan Sandra akan dirindukan oleh kesemua peserta program itu berikutan sikapnya yang sentiasa ceria menghiburkan orang sekeliling.
"Walaupun kami dalam status pertandingan tapi tidak pernah sesekali rasa nak bersaing sesama kami. Bunyi macam cliche tapi itu kenyataannya.
"Dia mempunyai suara yang sangat indah dan kami mendengar suara dia hampir setiap hari kerana dia suka menyanyi secara random depan orang ramai. Ini akan jadi perkara yang paling kami rindukan," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments