Berkemban Cara Sajat
Terdahulu, tindakan Sajat mendapat perhatian ramai golongan pendakwah yang meminta orang ramai memboikot produk dan perniagaannya.
Belum reda isu memuat naik foto dan video memakai bikini sehingga dikecam teruk, nampaknya usahawan kosmetik, Nur Sajat sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berkongsikan fotonya yang hanya berkemban.
Menerusi perkongsian itu, Sajat berkata dia berpakaian sedemikian kerana ingin memberi mesej kesedaran mengenai warisan Melayu dengan pemakaian sarung batik.
Seperti sudah dijangka, tindakannya itu mengundang kecaman netizen serta mendakwa usahawan itu sengaja memuat naik gambar berkenaan untuk meraih perhatian.
Meskipun teruk dikecam, Sajat dilihat tenang membalas komen daripada netizen mengatakan dia hanya mengikut cara pemakaian orang dahulu yang mana hanya berkemban.
Perkongsian tersebut dihujani dengan pelbagai komen menghentam usahawan itu. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Sajat seolah sengaja mahu menayang buah dadanya.
Biarpun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen mengharapkan agar Sajat kembali ke pangkal jalan dan tidaka mencemarkan nama baik agama Islam.
Terdahulu, tindakan Sajat mendapat perhatian ramai golongan pendakwah yang meminta orang ramai memboikot produk dan perniagaannya.
Malah, ada yang menggesa pihak Jakim mengambil tindakan terhadap usahawan itu.
Sumber:Rotikaya
0 Comments