Bekas Teman Lelaki Sajat Kini Bersama Kekasih Baharu.

Bekas Teman Lelaki Sajat Kini Bersama Kekasih Baharu.

Bekas Teman Lelaki Sajat Kini Bersama Kekasih Baharu.
Sebelum ini nama Mohd Tishrin atau lebih dikenali sebagai Coach Yin menjadi perhatian umum apabila menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Dedah Wajah Kekasih 


Namun begitu, hubungan mereka terputus di tengah jalan apabila kedua-duanya mengumumkan berpisah sekitar Januari yang lalu. Terbaru, Coach Yin sekali menjadi perhatian yang mana jurulatih kecergasan ini telah berkongsi beberapa hantaran mengenai seorang dipercayai teman wanitanya.


Hadiahkan Jam 

Dalam perkongsiannya itu, Coach Yin sempat menghadiahkan seutas jam buat wanita tersebut yang dikenali sebagai Yeen.
Dedahnya lagi, keperibadian wanita itu seperti menjaga solat, pandai memasak antara sebab mengapa dia jatuh cinta dengannya.

“Abe yin minat dekat kakyeen ni sebab pandai jaga solat, pandai masak, pandai jaga budak sekali tengok macam Mira Filzah.2 kali tengok macam Yeenazmin” katanya dalam hantaran tersebut
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Malah tidak kurang juga ada yang berseloroh kerana akhirnya Coach Yin memilih ‘wanita sebenar’.

Post a Comment

0 Comments