Petugas Barisan Hadapan Indonesia Luah Rasa Kecewa,Rakyat Degil
Mereka turut menyindir pihak berkuasa dan pemerintah Indonesia kerana dikatakan tidak tegas dalam memastikan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam PSBB.
Namun, dipercayai terdapat sebilangan gambar yang tular telah disunting bagi tujuan mengelirukan rakyat mengenai pematuhan PSBB sepeti gambar penunggang motosikal yang bersesak ketika berlakunya banjir buruk di Jakarta pada awal tahun 2020.
Ketika penularan kes COVID-19 terus meningkat di seluruh dunia, petugas barisan hadapan Indonesia dilihat kini seperti sudah berputus asa.
Terkini, tagline “Indonesia? Terserah!!!” menjadi trending di media sosial, seperti menunjukkan kekecewaan mereka terhadap masyarakat di sana yang masih tidak mahu mematuhi penjarakan sosial dan kawaan pergerakan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, hashtag #IndonesiaTerserah juga trending di media sosial dengan rata-rata netizen Indonesia memberikan komen berbentuk sindiran dan kritikan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab mengingkari arahan pematuhan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac lalu.
Seorang petugas barisan hadapan di Indonesia yang kecewa dengan sikap kenanyakkan rakyat di sana, telah memulakan hashtag tersebut pada 15 Mei lalu yang kemudiannya tular dengan sokongan pengguna media sosial yang lain di Indonesia.
This is the situation#indonesiaterserah pic.twitter.com/ImkNGqFhk6— midoriya sam? (@SyamsReeve) May 21, 2020
Mereka turut menyindir pihak berkuasa dan pemerintah Indonesia kerana dikatakan tidak tegas dalam memastikan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam PSBB.
Disiplin gimana boss, kalo kebijakannya mencla mencle? #Indonesia?#terserah pic.twitter.com/lGNJGzuUC2— Gandhi B Waluyan (@GandhiWaluyan) May 20, 2020
Namun, dipercayai terdapat sebilangan gambar yang tular telah disunting bagi tujuan mengelirukan rakyat mengenai pematuhan PSBB sepeti gambar penunggang motosikal yang bersesak ketika berlakunya banjir buruk di Jakarta pada awal tahun 2020.
Sehingga kini Indonesia telah mencatat 1418 kematian dan kes positif meningkat kepada 23,165 kes. Indonesia mencatatkan jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara akibat COVID-19.
0 Comments