Kecoh dituduh ‘kencing’ selepas kongsi berita dapat biasiswa Nasa, ini penjelasan Azhar Ali
Azhar memuat naik penjelasannya menerusi satu bebenang di Twiiter di Twitter.
Azhar menjelaskan dirinya menjadi mangsa scam pihak tidak bertanggungjawab.
Penjelasan itu dibuat menerusi satu bebenang di Twitter miliknya pada pagi Ahad.
Perkongsian awal Azhar pada 30 April lalu mengenai 'tawaran' biasiswa Nasa.
Sebahagian perkongsian Azhar mengenai 'tawaran' biasiswa yang diterimanya sebelum ini.
BARU-BARU ini tular berita mengenai seorang pemuda Malaysia berusia 20 tahun yang mendakwa mendapat biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (Nasa).
Berita yang dikongsikan oleh pemuda bernama Azhar Ali di laman Twitter miliknya menarik perhatian ramai, bukan sahaja dalam kalangan media tempatan, malah pemimpin negara.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengucapkan tahniah kepada pemuda berkenaan kerana berjaya memperoleh biasiswa daripada agensi angkasa lepas itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
"Kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus berjaya," kata Muhyiddin menerusi ciapan di Twitter beliau.
Azhar menerusi akaun Twitter beliau pada 30 April lalu memuat naik perkongsian yang memaklumkan dirinya ditawarkan biasiswa daripada Nasa dengan afiliasi bersama National University of Singapore (NUS), sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.
Perkongsian tersebut menjadi tular di mana ia diulang kicau lebih daripada 20,000 retweet serta dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakyat Malaysia.
Bagaimanapun kecoh di media sosial apabila segelintir netizen mempertikaikan perkara itu kerana ‘mengesan’ wujud perkara yang tidak kena, malah mereka turut menyemak kesahihan berhubung tawaran biasiswa berkenaan.
Azhar memuat naik penjelasannya menerusi satu bebenang di Twiiter di Twitter.
Netizen membangkitkan persoalan mengenai kelayakan pemuda tersebut menyertai program berkenaan kerana syarat yang diperlukan adalah berstatus warganegara Amerika Syarikat dan penduduk tetap
Malah dakwa mereka, carian nama Azhar Ali di laman web Nasa juga tidak ditemui.
Lebih menimbulkan tanda tanya, Azhar menukar mod akaun Twitter miliknya kepada ‘private’ tidak lama kemudian sekaligus menyemarakkan lagi spekulasi mengenai perkara tersebut, di mana dia turut dilabel penipu.
Tiga hari mengunci mulut, Azhar akhirnya tampil membuat penjelasan dan mendakwa dia menjadi mangsa scam pihak yang tidak bertanggungjawab.
Azhar menjelaskan dirinya menjadi mangsa scam pihak tidak bertanggungjawab.
Penjelasan itu dibuat menerusi satu bebenang di Twitter miliknya pada pagi Ahad.
“Assalam, hari ini saya nak jelaskan beberapa perkara. Yang paling utama, kesahihan biasiswa Nasa yang saya terima. Pada 20 Mac, saya terlibat dalam pertandingan mereka pakaian Nasa dalam kategori untuk gred 9-12 di bawah Nasa. Saya terlibat.
“Dan saya menunggu rekaan terbaik untuk dihantar 2 minggu kemudian. Selepas dua minggu saya menerima satu emel menyatakan bahawa saya terpilih sebagai top 1 peratus, saya kemudian berkongsi berita gembira ini dengan rakan-rakan.
Perkongsian awal Azhar pada 30 April lalu mengenai 'tawaran' biasiswa Nasa.
“Emel utama hanya mempunyai lampiran dan pautan ke sebuah portal, di mana saya dapat memilih foto untuk pengenalan yang dianggap sebagai petunjuk pertama bahawa saya mungkin menjadi mangsa penipuan.
“Saya mengambil screenshot dari pautan kerana saya mahu anda melihat bagaimana keadaannya. Dalam masa sama, saya turut menerima emel daripada NUS. Dan kali ini emelHe datang tanpa domain NUS. Satu lagi petanda kepada scam. Dan saya ada menulis benda ni kepada NUS baru-baru ini, ” tulisnya.
Bersama penjelasan tersebut, Azhar turut meminta rakyat Malaysia agar berhenti membuat kenyataan negatif tentang dirinya.
Sebahagian perkongsian Azhar mengenai 'tawaran' biasiswa yang diterimanya sebelum ini.
“Apa yang kita sendiri dapat pelajari, termasuklah kita harus selalu memeriksa keasliannya sebelum mengaitkan atau mengemukakan sebarang bentuk berita kepada umum. Saya tidak akan meminta maaf setelah menjadi mangsa penipuan, ” jelasnya.
Azhar dalam pada turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang memberikan sokongan ketika dia berhadapan dengan situasi yang sukar.
Sehingga kini, perkongsian terbaharunya itu meraih 2,100 retweet dan 2,400 likes selain dibanjiri dengan komen netizen yang turut menyatakan sokongan kepadanya.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan perkara itu sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati selepas ini sebelum membuat perkongsian kepada umum.
0 Comments