Ajaib! Bayi selamat dikeluarkan dari bangkai pesawat Pakistan yang terhempas

Ajaib! Bayi selamat dikeluarkan dari bangkai pesawat Pakistan yang terhempas

Ajaib! Bayi selamat dikeluarkan dari bangkai pesawat Pakistan yang terhempas
SESUATU yang luar biasa apabila seorang bayi selamat dikeluarkan dari lokasi pesawat Pakistan yang terhempas.
Ketika itu, seorang wartawan penyiaran sedang membuat liputan di lokasi kejadian pada Jumaat.
Kemudian secara tiba-tiba pasukan penyelamat membuat lambaian.

Kelihatan seorang petugas kecemasan membawa keluar seornag bayi, yang dipangkunya.
Terdahulu, datuk bandar Karachi berkata, seramai 107 penumpang yang menaiki pesawat PK8303 dikhuatiri maut selepas terhempas di kawasan perumahan.
Kejadian berlaku sejurus sebelum mendarat di lapangan terbang Karachi.
Bagaimanapun, segelintir keluarga mendakwa mereka dihubungi oleh mangsa yang menaiki pesawat dan masih hidup.
Bayi berkenaan ditemui di sebalik timbunan serpihan yang disebabkan kesan nahas. 

Post a Comment

0 Comments