‘Saya tiada duit, tolonglah beri saya makanan’ – Pelancong terkandas rayu bantuan orang awam

‘Saya tiada duit, tolonglah beri saya makanan’ – Pelancong terkandas rayu bantuan orang awam

‘Saya tiada duit, tolonglah beri saya makanan’ – Pelancong terkandas rayu bantuan orang awam

TEMERLOH – Tular di media sosial gambar seorang pelancong asing sedang duduk di luar premis restoran makanan segera di sini memohon bantuan makanan dari orang ramai selepas terkandas di negara ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki itu turut memegang kadbod yang tertulis “I can’t go home and have no money I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada wang. Saya perlukan makanan”.

Berikutan itu, netizen mencadangkan agar lelaki itu dibawa ke balai polis seterusnya ke pihak kedutaan agar dia dapat dihantar pulang ke negara asalnya.




Rata-rata mereka juga meluahkan rasa kasihan melihat lelaki itu duduk
seorang diri berkemungkian sedang menahan lapar.

Sementara itu seorang pekerja restoran berkenaan berkata, ini adalah kali pertama dia melihat kelibat lelaki berkenaan di hadapan restoran itu.

“Sebelum ini kami tidak pernah nampak, tapi sekarang dia sudah tiada dan sudah berjalan pergi,” katanya.

Post a Comment

0 Comments