Tiada Siapa Tahu Ini Derita Seenar Doktor Rawat COVID-19

Tiada Siapa Tahu Ini Derita Seenar Doktor Rawat COVID-19

Tiada Siapa Tahu Ini Derita Seenar Doktor Rawat COVID-19

Rasanya, majoriti daripada kita tidak tahu bagaimana keadaan sebenar doktor petugas melakukan saringan ke atas pesakit wabak COVID-19 atau koronavirus

Mungkin ramai yang membayangkan makmal berhawa dingin serba canggih serba moden, lengkap dengan kemudahan-kemudahan perubatan yang paling sofistikated, malah anggotanya dibarisi oleh doktor-doktor terhebat yang sudah berpengalaman dalam bidang perubatan.
Bayangan itu bagaimanapun tidak tepat. Kebanyakan saringan wabak COVID-19 sebenarnya dilakukan di khemah saringan yang dipacak di luar bangunan hospital.

Ini bermakna khemah saringan berkenaan terletak terus di bawah panas matahari dan langsung tidak berhawa dingin, dan doktor petugas hanya boleh bergantung kepada beberapa buah kipas yang disediakan.

Beginilah situasi sebenar khemah saringan wabak COVID-19 di Hospital Serdang:


Bayangkan bekerja dalam keadaan panas sebegitu selama 12 jam sambil memakai sut PPE (personal protective equipment) tanpa sempat menjamah makanan langsung

Inilah derita yang diharungi oleh doktor-doktor petugas di khemah saringan wabak COVID-19 setiap hari seperti yang dikongsi oleh Dr Ferwahn Fairis di Facebook.

Menerusi tulisannya, saringan ini dilakukan secara terperinci sehingga prosedur pemakaian dan penanggalan sut PPE juga perlu dilakukan mengikut turutan yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau terhidu titisan virus COVID-19 yang berpotensi terlekat pada pakaian mereka.
Selain itu, doktor-doktor petugas juga menderita daripada beban pesakit yang ramai, durasi proses saringan yang lama sehingga memakan masa 45 minit seorang, kekurangan kakitangan, persekitaran tempat kerja yang tidak ideal, dan macam-macam lagi.

"Dah makan dah?"
"Tak sempat lagi doktor."

Dr Ferwahn menambah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, doktor-doktor petugas di khemah saringan tidak sempat langsung menyentuh hidangan makan tengahari yang disediakan oleh dapur hospital kerana terlalu sibuk melakukan saringan.

Malah, mereka langsung tiada masa untuk melakukan perkara lain kerana mereka bekerja tanpa henti selama 12 jam menyaring pesakit PUI (Person under Investigation). Dari pukul 8 pagi sehinggalah 8 malam, mereka akan terus melihat pesakit sebelum syif bertukar.

Baca status penuh Dr Ferwahn Fairis di bawah:

OUR BATTLE AGAINST COVID-19
"Dah makan dah?" tanya kami kepada salah seorang doktor petugas di khemah saringan wabak Covid-19.
"Tak sempat lagi doktor.." jawabnya.
Jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Ada tujuh lagi orang yang belum disaring, manakala 16 telah berjaya disaring.
Petugas kami masih belum sempat sentuh makan tengahari yang disediakan dapur hospital. Kenapa iye?

Selain dari beban pesakit yang ramai, durasi untuk proses saringan seorang pesakit boleh mengambil masa sehingga 45 minit, petugas perlu menyalin PPE mereka (personal protective equipment seperti mask, double gloves, face shield, Apron, etc) untuk SETIAP pesakit yg disaring.

Manakala, pemakaian dan penanggalan PPE pula perlu dilakukan dengan 'sequence' yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau menghidu droplet Covid-19 yang berpotensi terlekat pada PPE mereka.
Beginilah keadaan senario yang berlaku di khemah saringan setiap hari.
Doktor, misi, MA dan Atendan Kesihatan kami bekerja tanpa henti menyaring pesakit PUI (Person under Investigation).

Mereka mula bertugas pada pukul 8 pagi tadi, dan akan terus melihat pesakit hingga 8 malam sebelum syif bertukar . Syif mereka adalah 12 jam.
Kenapa 12 jam? Kerana setakat ini, jumlah 'pool' kumpulan doktor yang telah dilatih agak kecil dan jumlah ini masih belum membenarkan syif selama 8 jam dilaksanakan (3 syif/hari). Tidak lama lagi, jumlah ini akan bertambah dari 26 orang hingga 40+, setelah doktor yang direkrut dari semua jabatan dan unit lain di hospital melengkapkan modul latihan yang telah ditetapkan. Begitu juga misi, MA dan Atendan.

Cuba tuan-puan amati gambar layout khemah saringan.

Perlu kami perjelaskan bahawa ruang saringan perlu dipisahkan dari ruang klinikal jabatan kecemasan (Emergency Department, ED). Ini adalah untuk mengelakkan pesakit rutin ED bercampur dengan PUI dan seterusnya menghadkan penularan wabak di ED.
Dan kita perlu faham yang ED kami tetap menerima kes kecemasan seperti biasa (statistik 2017 menunjukkan sejumlah 130,000 pesakit menerima rawatan di ED ya).
Maka di atas sebab ini, dan juga akibat kekangan ruang, lokasi khemah saring terpaksa diletakkan di luar ED berdekatan dengan bilik dekontaminasi.
Jadi, petugas saringan kami, yang lengkap memakai PPE yang berlapis-lapis, terpaksa bekerja di luar bangunan hospital. Unit OSH kami telah mengukur suhu di khemah dan mendapati ianya boleh mencapai 33-35 darjah celcius!

Ini bermakna petugas kami terdedah kepada 'heat stress'.
Menyedari ini, pihak pengurusan sedang bertungkus lumus mencari portable A/C untuk diletakkan di khemah. Namun ianya perlu diletak di lokasi yang betul untuk mengelakkan potensi droplet dari PUI Covid-19 dari merebak ke kawasan sekeliling.
Begitulah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pasukan petugas kami.
Beban kerja yang tinggi, waktu bekerja yang panjang, dan persekitaran tempat kerja yang tidak ideal. Inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kita semua.

Oleh itu, kami amat berharap tuan puan untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada petugas kami. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami apa yang berlaku di khemah saringan Covid-19 di hospital-hospital sekitar Lembah Klang kini.

P/s: Kudos kepada rakan kami di Hospital Sungai Buloh dan HKL yang merupakan 'Admitting hospitals' yang berhadapan dengan cabaran yang lebih besar merawat pesakit Covid-19 yang telah kami saring dan hantar kepada mereka!



Allahu, besar sungguh pengorbanan doktor-doktor petugas demi kesejahteraan rakyat Malaysia

Semoga urusan mereka dipermudah dan semoga mereka diberi kekuatan untuk mengharungi pertempuran ini. Kamu semua adalah wira kami!
Steady!
Steady!

Post a Comment

0 Comments