Zhu Shengkai Di Sumpah Awet Muda

Zhu Shengkai Di Sumpah Awet Muda

Zhu Shengkai Di Sumpah Awet Muda

MEMPUNYAI wajah awet muda adalah impian semua orang tetapi bagi seorang lelaki berusia 34 tahun kelebihan itu umpama satu sumpahan baginya.
Zhu Shengkai mengalami satu kecederaan di kepala ketika berusia enam tahun dan sejak itu dia tidak membesar malah wajahnya juga tidak banyak berubah.
Keadaan itu menyebabkan Zhu yang berasal dari kawasan pedalaman di bandar Xiantao, Wuhan tidak dapat berkahwin dan kebanyakan orang beranggapan dia masih budak-budak.
Menurut ibu bapanya, Zhu cedera di kepala akibat terkena batu dan menjalani pembedahan untuk buang ketulan darah beku di otaknya.




Keadaannya pulih seperti biasa namun beberapa tahun selepas itu keluarganya menyedari pertumbuhan Zhu terbantut berbanding kanak-kanak lain ketika berusia sembilan tahun.
Sehingga kini, keadaan fizikalnya kelihatan tidak berubah seperti budak sembilan tahun malah masih mempunyai suara kebudak-budakan selain tidak mempunyai misai dan bulu badan.
Dia yang dibawa menjalani beberapa ujian di hospital selepas itu didapati mengalami kerosakan pada kelenjar pituitari yang menyebabkan pertumbuhannya terbantut.
“Walaupun saya berusia 34 tahun namun fungsi badan masih sama seperti kanak-kanak. Saya tidak kelihatan dewasa jadi sukar mencari pasangan untuk berkahwin,” katanya.
Bagaimanapun, Zhu tetap bersikap optimis dalam kehidupannya malah berjaya membuka sebuah kedai gunting rambut untuk menyara dirinya selain berseloroh mengenai rupanya yang dianggap sebagai sumpahan itu.
“Ketika rakan lain akan menjadi tua dengan wajah berkedut, saya pula akan sentiasa nampak muda dengan wajah kebudak-budakan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments