Istana nafi Ismail Leon zuriat Sultan Kelantan

Istana nafi Ismail Leon zuriat Sultan Kelantan

Istana nafi Ismail Leon zuriat Sultan Kelantan
Minggu lalu, kita dikejutkan dengan tularnya gambar-gambar anak kepada bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Petra yang juga merupakan bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Rihana telah memuat naik gambar anaknya yang berusia lima bulan ke Instagram dan menyebabkan ramai warganet memuji kecomelan bayi itu yang dikatakan seiras dengan Sultan Muhammad V.
Bayi comel yang diberi nama Ismail Leon itu baru sahaja didedahkan wajahnya selepas 5 bulan Rihana merahsiakan identiti anaknya termasuklah ketika kontroversi penceraian dengan Sultan Kelantan.

“Tak sama pun…”

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan yang diperoleh daripada Daily Mail, sumber daripada istana negeri Kelantan telah menafikan bahawa wajah Ismail Leon seiras dengan Sultan Muhammad V.
Pihak istana juga menyatakan pendirian mengenai wajah sahaja tidak akan membuktikan siapa bapa sebenar kepada bayi comel tersebut.

Cara meraih tuntutan penceraian

Tambah sumber lagi, pihak istana juga mendakwa pendedahan yang dibuat adalah sebagai cara Rihana menjalankan modus operandinya untuk meneruskan  beberapa tuntutan berkaitan penceraiannya dengan Sultan Kelantan.


Sengaja meraih populariti dengan nama diraja

Beberapa hujah yang dikeluarkan oleh pihak istana kepada Daily Mail juga seakan memperlihatkan penafian mengenai status bayi tersebut sebagai pewaris kesultanan negeri itu.
Mereka juga mendakwa Rihana menggunakan nama Petra di hujung namanya sebagai cara mencari perhatian memandangkan dia adalah seorang selebriti.
Selain itu juga, Daily Mail turut menyatakan bahawa sumber tertentu yang rapat dengan Sultan Kelantan telah memberitahu mengenai pandangan peribadi baginda yang mendakwa boleh jadi anak itu merupakan zuriat mana-mana lelaki berketurunan Asia yang lain.

Perkahwinan tersebut merupakan satu kesilapan

Disamping itu, pihak istana telah menyampaikan bahawa perkahwinan Sultan Muhammad V dengan Rihana adalah satu kesilapan terbesar dilakukan dan tegas mengatakan bahawa terdapat agenda lain disebalik segala pendedahan yang diputar belitkan oleh bekas ratu cantik Moscow itu.
Pergolakkan yang berlaku masih lagi belum ada sebarang kata putus. Diharap segala kecelaruan tersebut dapat dileraikan dan boleh membersihkan kembali nama baik institusi beraja negeri itu.

Post a Comment

0 Comments