Pernah disorok bunian, gadis ini akui kerap nampak entiti

Pernah disorok bunian, gadis ini akui kerap nampak entiti

Pernah disorok bunian, gadis ini akui kerap nampak entiti

KEWUJUDAN bunian masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini walaupun ada yang mengakui kehadirannya.
Namun, perkongsian seorang gadis di Twitter mengenai dirinya yang pernah hilang sewaktu dalam kandungan ibunya, dipercayai ada kaitan dengan makhluk itu ternyata menarik perhatian ramai.
Menurut Noor Dayana Mohd Radzuan, 20, kejadian itu berlaku sewaktu ibunya hamil tujuh bulan pada 1999.
"Mak cerita yang saya pernah hilang dalam kandungan. Waktu tu keluarga kami pergi berkelah di air terjun di Lata Kinjang, Perak.
"Waktu semua orang tengah seronok mandi, mak rasa perut dia sakit. Jadi semua balik and terus pergi hospital. Mak kata dia tak rasa perut dia gerak-gerak pun masa tu.
Ibu bapa Dayana, Mohd Radzuan dan Rozita.
"Bila check, doktor cakap aku tak ada degupan jantung langsung. Masa tu semua orang dah risau sebab ingatkan aku meninggal dalam perut," ujarnya kepada mStar.
Tambah Dayana, kandungan ibunya bagaimanapun kembali normal beberapa hari kemudian selepas dibantu oleh seorang saudaranya.
Pemeriksaan doktor juga mendapati ada degupan jantung dalam kandungan berkenaan sehingga dia dilahirkan dua bulan kemudian.
"Pakcik saya ni ada ilmu sikit. Dia buat solat hajat dan komunikasi dengan bunian untuk minta pulangkan saya.
"Selepas beberapa hari, pergi hospital balik untuk cuci perut. Ayah kata macam nak percaya tak nak percaya pasal kena sorok bunian, jadi dia suruh bawa jumpa doktor lagi sekali.
"Bila doktor periksa sebelum nak cuci rahim tu, Alhamdulillah degupan jantung ada balik. Maksudnya orang bunian tu bagi balik," imbas gadis itu.

Pernah nampak hantu bungkus sekali je tak silap sebab tu je yang ingat sampai sekarang. Yang lain banyak nampak ponti and kelibat putih hitam. And then barang-barang jatuh waktu tak ada angin pun pernah.

NOOR DAYANA MOHD RADZUAN

Membesar dengan sihat, dia yang kini menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara(UiTM)Tapah, Perak dalam bidang perakaunan turut melalui beberapa insiden misteri.
Kata Dayana, dia pernah melihat entiti mistik beberapa kali sebelum ini.
"Saya senang nampak, tapi tak adalah terbuka hijab 100 peratus pun. Tapi saya memang seorang yang penakut.
"Cuma senang nampak yang biasa-biasa jelah, sikit-sikit je. Tapi tak pernahlah kena kacau, kena cekik ke apa. Dia tunjuk diri dia je and then saya buat buta jelah.
"Pernah nampak hantu bungkus sekali je tak silap sebab tu je yang ingat sampai sekarang. Yang lain banyak nampak ponti and kelibat putih hitam. And then barang-barang jatuh waktu tak ada angin pun pernah," ujarnya.

Perkongsian kisah Dayana di Twitter.
Dalam pada itu, perkongsian Dayana mengenai kisah dirinya sehingga kini menerima hampir 7,000 ulang kicau (Retweet).
Selain berkongsi pengalaman hampir sama, ada segelintir netizen yang skeptikal dan mendakwa cerita berkenaan hanyalah rekaan semata-mata.
Kata Dayana, dia enggan mengambil pusing jika ada yang tidak percaya dan dia sekadar berkongsi kisah sahaja.
Tambah anak bongsu daripada enam beradik itu, dia diceritakan kisah itu oleh ibunya, Rozita Hamid, 54, sewaktu berada di bangku sekolah rendah.
"Saya percaya, sebab benda tu wujud. Yang tak percaya, saya tak kisah. Tapi perkara ini tak beri kesan kepada hidup saya pun," ujarnya lagi.

Post a Comment

0 Comments