Misteri Rumah berbumbung sotong ... Boleh dilihat, jika dicari akan sesat

Misteri Rumah berbumbung sotong ... Boleh dilihat, jika dicari akan sesat

Misteri Rumah berbumbung sotong ... Boleh dilihat, jika dicari akan sesat
BANDUNG, Indonesia menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong terutamanya dari Malaysia yang ingin membeli-belah di Pasar Baru, Gang Tamim dan Rumah Mode.

Tetapi di sebalik Bandung terkenal sebagai syurga beli-belah itu, terdapat juga kisah mistik menyelubungi dalam kalangan penduduk tempatan termasuk sebuah rumah banglo mewah dikenali sebagai Rumah Gurita.
Jika ada sesiapa yang pernah menginap di Hotel Grand Aquila Bandung pasti akan perasan rumah agam itu yang mempunyai replika sotong kurita gergasi pada bahagian bumbungnya.
Masyarakat tempatan percaya bahawa replika sotong kurita gergasi pada rumah yang dibina sekitar tahun 1980-an itu adalah simbol pemujaan syaitan.
Cat rumah yang sudah menggelupas dan ditumbuhi lumut menambahkan kesan seram pada sesiapa sahaja melihat kediaman agam itu.
Reka bentuk unik rumah tidak berpenghuni ini menimbulkan pelbagai pertanyaan penduduk setempat. 
Lebih menyakinkan bahawa bangunan tidak berpenghuni itu adalah tempat pemujaan syaitan, nombor rumah 666 juga seperti mengesahkan tentang perkara itu.
Menurut kepercayaan masyarakat tempatan, simbolik angka enam itu sendiri adalah merujuk kepada satanisme atau pemujaan syaitan.
Tiada jalan masuk ke Rumah Gurita
Seperti diceritakan seorang kenalan penulis yang tinggal di Bandung, ramai orang pernah mencuba untuk pergi ke rumah itu namun tiada sesiapa berjaya kerana tidak menemui akses ke kediaman itu walaupun ia boleh dilihat dari jauh.
Dari pandangan atas kata Indera Bachtiar, 33, jelas kelihatan kediaman mewah itu dikelilingi oleh rumah-rumah di sekelilingnya namun pelik tiada akses ke kawasan itu.
"Siapa yang pernah menetap di sekitar Hotel Grand Aquila Bandung yang terletak di Jalan Sukajadi memang akan nampak rumah itu tetapi tiada siapa pernah dapat menemui jalan sebenar menuju ke rumah tersebut.
"Malah ada memberitahu akses rumah itu perlu mengikuti Jalan Sukadamai namun apa yang saya dengar tiada siapa temui jalan ke rumah itu.
Cubaan orang ramai menghampiri rumah itu gagal apabila tidak menemui akses ke kediaman itu. 
Cucuk jari serah darah untuk pemujaan
Indera memberitahu, rumah itu didakwa menjadi tempat pemujaan dan ritual tertentu malah lebih pelik lagi kediaman mewah itu tidak mempunyai pintu masuk.
Bagi mengelakkan aktiviti pemujaan terbongkar, pemiliknya dikatakan menggunakan salah sebuah rumah dibelakangnya sebagai pintu masuk yang menghubungkan terus ke kediaman misteri itu.
"Dakwanya jika ada yang ingin menyertai kumpulan pemujaan itu, mereka perlu menyucuk jari masing-masing dengan jarum bagi membolehkan darah mereka 'dipersembahkan' kepada syaitan yang dipuja.
"Namun sehingga kini, apa yang terjadi di dalam rumah itu hanya sekadar cakap-cakap tanpa bukti kukuh oleh masyarakat setempat dan ia kekal misteri sehingga ke hari ini," katanya.
Penjaga rumah itu menyangkal dakwaan kediaman itu berhantu.
Malah kata Indera, ada seorang lelaki berjaya masuk ke rumah itu dan bertemu dengan seorang wanita dalam lingkungan 60 tahun yang mendakwa dia adalah penjaga kediaman mewah itu.
Bagaimanapun penjaga rumah itu menyangkal semua dakwaan orang ramai sebaliknya menegaskan sotong kurita itu hanyalah sekadar lambang kecintaan terhadap seni oleh pemiliknya.
"Pemiliknya dikatakan seorang hartawan namun tidak menetap di Bandung dan hanya akan pulang sekali-sekala sahaja apabila cuti.
"Penjaga rumah itu memberitahu tiada apa yang menyeramkan tentang Rumah Gurita dan reka bentuknya semata-mata kerana minat pemilik terhadap seni halus," katanya.
Kisah pelik dan seram kediaman itu juga telah memberi idea kepada seorang pengarah, Jose Purnomo untuk menghasilkan filem berjudul Rumah Gurita lakonan Boy William dan Sandy Aulia pada 2014.

Post a Comment

0 Comments