"Kod rahsia" cara Isa Samad minta duit rasuah terbongkar di mahkamah

"Kod rahsia" cara Isa Samad minta duit rasuah terbongkar di mahkamah

"Kod rahsia" cara Isa Samad minta duit rasuah terbongkar di mahkamah
KOD rahsia cara bagaimana bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad memerlukan duit didedahkan di mahkamah.


Berita Harian melaporkan, setiap kali apabila Muhammad Zahid Mat Arip menyampaikan 'salam' kepada bekas Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel maka ia merupakan satu petanda.



Ikhwan, 59 dilapor memberitahu kepada Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa 'salam' yang disampaikan menerusi panggilan menunjukkan Muhammad Isa memerlukan wang dan wang itu akan diberikan menerusi Muhammad Zahid.

Menurutnya, Muhammad Zahid pada waktu tertentu akan menghubunginya untuk menyampaikan 'salam' dari Isa Samad, Dan beliau memahaminya.

"Kali terakhir Saya akur dengan permintaan dan serahkan wang kepada Muhammad Zahid adalah pada Julai 2014,"

"Jadi pada pemahaman saya selepas menerima panggilan dan 'salam' ini, Muhammad Zahid perlukan wang untuk diberikan kepada Mohd Isa," dedahnya.

Perkara itu didedahkan oleh saksi ke 16, ketika membaca keterangan saksi pada hari ke-10 perbicaraan kes pecah amanah dan 9 pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta dihadapi oleh Mohd Isa berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Setiap kali dihubungi oleh Muhammad Zahid, beliau akan segera menghubungi pemilik JV Evolution Sdn Bhd Azizi Abdul Wahab bagi mendapatkan wang tunai.

Berikut butiran transaksi-transaksi yang didedahkan oleh Ikhwan.

RM140,000 antara 21 Julai hingga 28 Julai 2014 kepada Zahid Md Arip di Cigar Room, Hotel PJ Hilton dalam beg kertas.

RM300,000 antara 17 Oktober hingga 24 Oktober 2014 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Sunway Opal, Petaling Jaya dalam beg kertas.

RM250,000 antara 5 November hingga 10 November 2014 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

RM500,000 pada 26 Mei 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

RM500,000 pada 9 Julai 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

RM300,000 pertengahan bulan Ogos 2015 kepada Zahid Md Arip di rumah Roney Zaidell, Kuching (abang Ikhwan) dalam beg galas.

RM500,000 12 September 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

RM500,000 antara 4 Disember hingga 7 Disember 2015 kepada Zahid Md Arip di Kondominium Suway Opal dalam beg kertas.

Pada 14 Disember 2018 Mohdd Isa mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching Sarawak.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membolehkan tertuduh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta yang sama dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sumber — https://www.milosuam.net/2019/10/kod-rahsia-cara-isa-samad-minta-duit.html#ixzz63L6EXGtW

Post a Comment

0 Comments