Hospital Kerajaan Pun Boleh Rawat Breakout. Caj Cuma RM5 Dan Ini Hasilnya!

Hospital Kerajaan Pun Boleh Rawat Breakout. Caj Cuma RM5 Dan Ini Hasilnya!

Hospital Kerajaan Pun Boleh Rawat Breakout. Caj Cuma RM5 Dan Ini Hasilnya!
Bila berdepan dengan masalah jerawat yang serius atau breakout ramai yang memilih untuk rawat masalah wajah ini di klinik kulit swasta atau membeli ubat yang mahal di farmasi.
Kosnya faham-fahamlah memang mahal tapi kita sanggup sebab dengan harapan cepat pulih.

Tak pernah terfikir kan untuk buat rawat masalah jerawat ini di hospital kerajaan yang kos rawatannya lebih murah tapi tetap berkesan.
Betul! Boleh saja dapat rawatan untuk masalah jerawat serius ini di hospital kerajaan macam yang dilakukan oleh @wmawadullah.
Bagi membantu mereka yang turut berdepan masalah sama, dia turut berkongsi langkah dan cara rawatan yang dilakukan sehinggalah kulit wajahnya kembali pulih. Percaya tak cajnya cuma RM5 saja!

Dah try guna macam-macam produk

Sebelum dapat hasil macam tu saya try macam macam jenis skincare like Simple, Hada Labo, Eversoft dan lain-lain. Tapi semua tu tak jadi.
Then lepas dah banyak sangat habis duit utk skincare saya try pula pergi klinik kulit swasta utk try kat sana. Tp utk first time saya pergi kena bayar RM200 lebih ? So start dari situ doktor dekat klinik tu cakap kat saya better pergi hospital gov.

Langkah kalau nak buat treatment kat hospital kerajaan

Okay so ni step kalau korang nak pergi ke hospital gov.
  • Pergi mana-mana klinik kesihatan yg gov. punya then tanyala apa masalah kulit.
  • Pastu mintak doktor kat klinik tu buatkan surat utk buat appointment dgn hospital gov.
  • Then kalau dia dah buat surat tu, direct terus pergi mana-mana gov hospital yg ada dermatologist utk buat appointment.Tapi kalau malas nak pergi boleh je call and set date utk jumpa doktor kt hospitaltu.
Okay so tu semua step yg korang perlu ikut utk buat appointment dgn hospital gov. Make sure yg korang ada surat dari klinik kesihatan gov. Kalau tak, hospital takkan layan korang.

Treament yang dilakukan

1. Ini apa yg saya dapat dari hospital gov. Ini ubat telan, kena makan 1 kali sehari selepas makan.
2. Second saya dapat cleanser ni. Pakai sekali sehari je tapi sbb rakus saya pakai 2 kali sehari. Pagi and malam sebelum tidur.
3. Pastu utk pagi lepas cuci muka semua sapa sapu benda ni kat atas jerawat jerawat degil tu. Sapu nipis je and kalau nak pakai make up atas dia pun okay utk yg girls ?
4. Okay last sebelum tidur, saya pakai ni selepas cuci muka and pastikan muka korang tak kena cahaya direct (apa doktor cakap). So kena pastikan bilik korang tu gelap lah ye.
Okay tu je apa yg saya consume dari bulan january 2019 sampai sekarang and still lagi consume just yg capsule tu je dah stop.

PERINGATAN MESRA!

  • Untuk yg breakout teruk, saya suggest korang terus direct je jumpa derma. Tak perlulah bazir duit try macam-macam skincare tu ye.
  • Lagipun hospital gov bagi ubat free je just bayar RM5 (hospital saya pergi) utk caj service. And ubat, krim & cleanser tu korang boleh pergi ambil bila-bila masa je kat hospital kalau dah habis guna.
  • Okay tips ni korang boleh guna kalau betul-betul breakout la ye. Kalau setakat dua tiga ketul jerawat tu staff hospital gov tak layan rasanya.
  • Gais utk bahan kt atas tu kalau korang nak guna pastikan ada pemantauan dari dermatologists tau. Takut ada effect apa-apa nanti.
Sumber: @wmawadullah

Post a Comment

0 Comments