Bersendirian Di Sisi Keranda, Gambar Pelukan Terakhir Anak Arwah Suami Isteri Kemalangan Buat Netizen Hiba

Bersendirian Di Sisi Keranda, Gambar Pelukan Terakhir Anak Arwah Suami Isteri Kemalangan Buat Netizen Hiba

Bersendirian Di Sisi Keranda, Gambar Pelukan Terakhir Anak Arwah Suami Isteri Kemalangan Buat Netizen Hiba:




Setiap anak dilahirkan kedunia mempunyai ibu dan ayah. Hanya takdir yang membezakan berapa lama Allah pinjamkan kepada kita untuk bersama mereka. 

Tiada siapa yang ingin kehilangan ibu bapa tercinta terutama diusia yang begitu muda. Jauh dilubuk hati setiap anak ingin dibelai oleh ibu bapa sendiri.

Namun berbeza dengan situasi yang berlaku kepada Muhammad Arfan Ziqri atau dikenali dengan nama panggilan Afan. Baru sahaja berusia dua tahun, dia telah kehilangan kedua-dua ibu bapa nya. Ibu bapa Afan telah terlibat dalam satu kemalangan motosikal. 

Turut memilukan ibunya sedang hamil anak kembar. Dia kini telah hilang segala-galanya.

Ketika usianya hampir dua tahun, anak sekecil ini masih tidak mengerti apa-apa yang telah berlaku. Tapi hakikatnya dia sudah tidak tempat untuk dibelai manja oleh orang tuanya. 


Ketika kanak-kanak yang lain masih dibelai manja oleh ibu bapa, dia telah kehilangan segala-galanya sekelip mata.



1.jpg

Pilu rasa hati menatap wajah anak kecil ini yang tidak mengerti apa-apa ini. Sungguh berat ujian yang dilemparkan kepada anak kecil ini. Namun, siapa tahu mungkin ada rezeki yang Allah titipkan untuk anak kecil ini di kemudian hari.



3.jpg

YA Allah peliharalah anak ini

Datangkan kasih sayang dari ibu ayah saudara yang penyayang..

Hadirkan hamba Allah yang prihatin menjaga, mendidik dan mengasuhnya.



118.jpg

Semoga adik Afan menjadi anak soleh dan menjadi asbab kepada kedua ibu ayahnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang soleh dan solehah serta ditempatkan di syurga abadi.

Semoga adik Afan dikelilingi orang-orang yang ikhlas dalam menjaga dan membesarkannya serta dicurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Masih ramai yang menyayangi dan mendoakan Afan di luar sana.

Besar Ujian, Moga Allah Merahmati Adik Affan



1.JPG


Permudahkanlah Urusan Anak Kecil Ini





2.JPG

 Sedihnya..





3.JPG

Sumber: Info Kemalangan & Bencana Malaysia via Siakapkeli.my

Post a Comment

0 Comments