Adakan Hubungan intim Bersama Adira Sebelum Cerai,Dato Red Terima Padah

Adakan Hubungan intim Bersama Adira Sebelum Cerai,Dato Red Terima Padah

Adakan Hubungan intim Bersama Adira Sebelum Cerai,Dato Red Terima Padah

SUAMI kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu menjelaskan dia tiada niat untuk membuka aib dengan bercerita mengenai perihal dalam kain kepada umum sehingga perkara itu mengundang kecaman netizen di media sosial.
Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata, ia hanyalah salah faham yang berlaku kerana tidak menyangka niat untuk mengaburi mata orang ramai mengenai kemelut rumah tangga mereka membawa padah.
“Sebenarnya saya ada berpakat dengan Adira dan kami tak mahu hebohkan perkara ini kepada pihak wartawan. Saya anggap mereka sebagai kawan sahaja tak sangka ia nak jadi isu.
“Sampai netizen hentam saya kerana cerita yang tak sepatutnya nak keluar. Sebenarnya niat saya hanya untuk mengaburi supaya perkara sebegini tidak terjadi.
“Banyak hati yang saya nak jaga kerana saya masih dalam proses untuk pujuk hati dia (Adira),” katanya kepada mStar pada Rabu.
Adira mahu teruskan perceraian.
Adnan mengulas mengenai kenyataannya kepada sebuah portal bahawa dia tidak mengetahui tentang permohonan cerai yang difailkan Adira, malah memberitahu mereka baharu melakukan hubungan intim.
Dia ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat pada prosiding berhubung proses permohonan cerai yang difailkan Adira.
Susulan itu, mahkamah menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memfailkan permohonan cerai pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Untuk rekod Adira sebelum ini memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mahkamah, namun ditangguhkan.
Adira menuntut cerai menggunakan kaedah hakam.
Melalui kaedah hakam, hasrat isteri untuk bercerai dengan suaminya dapat direalisasikan walaupun suami enggan menceraikannya.
Dalam pada itu, Adnan berkata, dia masih menyayangi isterinya itu malah nekad mahu mempertahankan perkahwinan yang dibinanya selama empat tahun itu.
“Saya nak berkahwin bukan untuk bercerai. Walau bagaimanapun, saya akan pertahankan perkahwinan ini selagi hayat saya ada... jangan cakap kenal dunia, anak-anak belum pun lagi kenal ibu bapa mereka.
“Apabila benda ini berlaku, saya tersentak dan baharu saya tahu ia boleh dibuat secara hakam. Selama ini saya ingat selagi lelaki tak lafaz cerai, perceraian takkan berlaku.
“Kalau nak ikutkan orang di sekitar saya suka perceraian ini berlaku... saya akui sepanjang empat tahun berkahwin saya alpa dengan kehidupan dunia,” katanya.
Sementara itu, Adira ketika ditanya mengenai kenyataan kontroversi Adnan mengenai hubungan intim, dia menganggap ia hanya salah faham.
Menurut Adira, Adnan ada memberitahu niatnya hanya untuk bergurau namun disalah tafsir oleh rakan media.
“Saya ada tanya suami fasal kenyataan kepada media dan dia jelaskan hanya bergurau tetapi perkara itu disalah tafsir rakan media berkenaan. Ia hanya salah faham.
“Saya tak mahu ulas mengenai perkara itu kerana saya di sini hanya untuk failkan perceraian,” katanya.

Selama ini saya ingat selagi lelaki tak lafaz cerai, perceraian takkan berlaku.

DATUK SERI ADNAN ABU

SUAMI ADIRA

Tambah bintang Akademi Fantasia musim kelapan ini, dia susah lama mempunyai hasrat untuk bercerai kerana yakin ia jalan terbaik untuk dia dan anak-anak namun terpaksa menangguhkannya kerana hamil.
“Sepanjang tempoh sebelum saya failkan perceraian ini, tipulah tiada perasaan untuk berbaik semula. Kami pernah mencuba tetapi bagi saya sendiri kami tidak berjaya.
“Saya nekad untuk meneruskan perceraian ini kerana saya fikir ia adalah yang terbaik untuk saya dan anak-anak.
Adira bagaimanapun enggan mengulas mengenai campur tangan orang luar dalam urusan rumah tangganya sehingga membawa kepada perceraian ini.
Menurut penyanyi lagu Andai Takdir ini, dia menerima sebarang keputusan yang dibuat selepas ini.
Adira mahu yang terbaik untuk anak-anaknya.
“Saya tak mahu cakap soal campur tangan orang luar kerana yang hidup sebagai suami isteri adalah saya dan dia. Orang lain saya tak nak libatkan tapi kalau ada yang campur, saya tak boleh nak halang.
“Apabila dia cakap nak tackle semula hati saya, mungkin dia ada rasa bersalah. Kalau Allah kata jodoh kami masih panjang, saya terima dengan ikhlas tapi kalau tak panjang pun saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya.
Adira berkahwin dengan Adnan yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.
Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

Post a Comment

0 Comments