(Video)”Tidak Masuk Akal Nora Keluar Sendiri”, Tampil Buat Sidang Media, Keluarga Dakwa Anak Mungkin Diculik

(Video)”Tidak Masuk Akal Nora Keluar Sendiri”, Tampil Buat Sidang Media, Keluarga Dakwa Anak Mungkin Diculik

(Video)”Tidak Masuk Akal Nora Keluar Sendiri”, Tampil Buat Sidang Media, Keluarga Dakwa Anak Mungkin Diculik:



Kuala Lumpur, 8 Ogos – Setelah lima hari hilang tanpa khabar berita, keluarga remaja istimewa, Nora Quoirin, 15 membuat kenyataan bahawa mereka percaya remaja tersebut diculik.

Salah seorang ahli keluarga berkenaan menyedari kehilangan remaja berkenaan pada jam 8 pagi, Ahad lalu setelah mendapati remaja berkenaan tiada dibiliknya dan tingkap berada dalam keadaan terbuka.

Dalam kenyataan oleh ibu saudara mangsa, Éadaoin Agnew, peristiwa ini merupakan insiden yang traumatik buat mereka sekeluarga.

“Meabh dan Sebastian (ibu bapa Nora) sedang terlalu bersedih untuk memberi sebarang kenyataan.

“Kami berterima kasih kepada Lucie Blackman Trust atas sokongan berterusan mereka. Tetapi kami mesti terus berharap. Kami mengharapkan semua untuk sentiasa mengingati Nora dan terus membantu proses pencarian.

“Nora masih belum ditemui dan dia sangat memerlukan perlindungan. Kami perlu lakukan apa sahaja untuk membawanya pulang ke rumah.”

Nora bersama kedua-dua ibu bapanya, Meabh dan Sebastian tiba dari London ke Seremban pada Sabtu lepas untuk percutian selama dua minggu mereka di negara ini.

Kredit: Belfast Telegraph

Sementara itu, datuk remaja berkenaan, Sylvain Quoirin berkata kepada BBC, tidak masuk akal bagi seorang remaja istimewa seperti Nora untuk menghilangkan diri secara sendirian.

“Dia seorang remaja perempuan yang sangat pemalu dan penakut.

“Sungguh tidak masuk akal dia akan keluar sendiri pada waktu malam, anda boleh kecualikan kemungkinan itu,” kata datuknya.

“Dia merupakan seorang yang perlu sentiasa dilindungi. Teori dia keluar seorang diri adalah tidak sah.

Sementara itu menurut The Sun UK, datuk Nora berkata,

“Pada waktu pagi, tingkap terbuka dan dia hilang. Setelah penerbangan 18 jam dan perbezaan masa hingga tujuh jam, anda pasti akan tidur lena, bukan keluar berjalan pada waktu malam.

“Semua orang tidur dalam kepenatan, dan pada waktu pagi Nora tiada.”

Polis tidak menolak sebarang kemungkinan

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman berkata selain Polis Diraja Malaysia berkata, mereka masih belum mendapat petunjuk terbaru mengenasi kehilangan Nora. Kehilangan remaja tersebut diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Menurut laporan BBC, Zakaria menambah pihaknya menemui beberapa cap jari pada cermin bilik Nora dan kenyataan telah diambil dari 20 individu. Namun tiada maklumat lanjut diberikan.

Apabila ditanya pendapatnya adakah Nora boleh bertahan hidup di dalam hutan, Zakaria berkata,

“Saya tidak pasti. Saya tidak tahu imuniti tubuhnya.

“Orang asli di sini boleh minum air di sini setiap hari, tetapi dia, saya tidak tahu,” katanya.

Sehingga hari ini, 200 orang indvidu terlibat dalam pencarian termasuk skuad skuba, dibantu anjing pengesan, helikopter dan drone.

Pencarian turut dibantu oleh Orang Asli tempatan yang arif tentang selok belok hutan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Seremban di talian 24 jam, 06-761 9999.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Seremban di talian 24 jam, 06-761 9999.
Heartbreaking statement from the family of Nora Quoirin, the 15 year-old girl with special needs who disappeared from a Malaysian resort on Sunday. A 4 day search by police has thrown up no sign of her. The family believe she was abducted.

39 people are talking about this

Sumber: BBC, The Sun


Sumber: BBC, The Sun

Post a Comment

0 Comments