Ini Sebab Jenazah Yang Meninggal Di Makkah, Wajah & Kepala Tidak Ditutup Kain Serta ‘Diselimut’ Kain Berbeza Warna

Ini Sebab Jenazah Yang Meninggal Di Makkah, Wajah & Kepala Tidak Ditutup Kain Serta ‘Diselimut’ Kain Berbeza Warna

Ini Sebab Jenazah Yang Meninggal Di Makkah, Wajah & Kepala Tidak Ditutup Kain Serta ‘Diselimut’ Kain Berbeza Warna

Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya?


Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.

Baiklah, begini kawan.
Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.

“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”

Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.

Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.

Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.

“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”

Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan.

Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia. Boleh tengok dalam gambar, saya ada bulatkan. Nampak? Berbeza kan dengan jenazah lelaki.

Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.

Itulah.
Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

Post a Comment

0 Comments