Wanita guna toothpick untuk halang budak tertidur di tangannya

Wanita guna toothpick untuk halang budak tertidur di tangannya

Wanita guna toothpick untuk halang budak tertidur di tangannya



Bagi mereka yang selalu menggunakan pengangkutan awam, adakalanya tertidur tanpa sengaja sehingga kepala terlentok di bahu penumpang lain.

Bagi yang memahami pasti akan menegur dengan cara yang baik, tetapi tidak bagi wanita ini. 

Gambar yang viral di laman sosial Reddit baru-baru ini menunjukkan wanita terbabit bertindak menghalang kanak-kanak lelaki di sebelahnya dari 'menceroboh' kawasan privasinya dengan memegang satu kayu pencungkil gigi yang tajam di sebelah lengan kirinya. 

Difahamkan, wanita itu berbuat demikian kerana kanak-kanak itu kerap terlentok di tangannya di sepanjang perjalanan itu sehingga membuatkan dia berasa kurang selesa. 

Kanak-kanak lelaki itu dianggarkan berusia lima tahun berada dalam pengangkutan awam itu bersama dengan wanita yang dipercayai ibunya. 

Si ibu tidak mengendahkan wanita terbabit yang terganggu dengan anaknya yang sedang tidur. Wanita itu juga enggan berganjak walaupun suaminya telah menawarkan diri untuk bertukar tempat duduk. 

Kebanyakan netizen menyokong wanita itu dan menjelaskan adalah hak wanita berkenaan untuk mempertahankan 'personal space' dia dengan kayu pencungkil gigi. Tidak kurang juga yang menyalahkan ibu kanak-kanak itu yang tidak mengambil langkah untuk mengelakkan insiden itu dari berlaku. 

Hanya segelintir sahaja yang berpendapat wanita itu sepatutnya menegur si ibu bagi menangani situasi sedemikian atau bertukar tempat duduk dengan suaminya. 

Sumber: Reddit, World of Buzz

Post a Comment

0 Comments