Sejak lahir Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf.”
Demikian sebahagian kandungan nota yang ditemui bersama seorang bayi lelaki di Kampung Pompod, Kota Belud, semalam.
Bayi yang ditinggalkan di hadapan sebuah kediaman itu disedari pemilik rumah berusia 33 tahun selepas terdengar tangisan jam 5.30 pagi.
Difahamkan, bayi yang hanya berbalut kain itu ditinggalkan di kerusi berhampiran tangga rumah wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, pemilik rumah yang bekerja sebagai kerani itu tampil membuat laporan polis pada jam 8.57 pagi.
Katanya, wanita berkenaan datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dengan membawa bersama bayi yang ditinggalkan bersama nota dipercayai daripada ibu kandungnya.
“ Pengadu mendakwa, dia dan ibunya terdengar tangisan bayi sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di luar rumah. Mereka menemui bayi terbabit dengan sekeping nota yang ditujukan kepadanya.
“ N0ta berkenaan meminta wanita terbabit menjaga bayi itu dan menyatakan tarikh lahirnya pada 29 Jun 2019,” katanya dihubungi hari ini.
Menurutnya, setakat ini bayi berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan keced3raan ditemui pada tubuh badannya.
“ Pengadu mendakwa tidak mengetahui mana-mana saudara terdekat atau penduduk kampung yang baru melahirkan bayi.
“ Susulan itu, polis akan menghantar pengadu dan bayi ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian DNA untuk mengenalpasti hubungan mereka,” katanya.
Mohd Zaidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Kes3ksaan atas kesalahan membu4ng bayi yang boleh dikenakan dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesal4han.
“ Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan polis,” katanya.
Berikut adalah nota yang ditulis ibu bayi tersebut:
” Assalamualaikum Puan,
” Saya minta maaf. Saya tinggalkan Yusuff dirumah Puan. Saya cuma mahu hidup Yusuff jauh lebih baik kerana saya percaya Puan boleh jaga Yusuff. Yusuff lahir kelmarin, 29 jun.
” Sejak Yusuff lahir, Yusuff belum minum satu titik susu kerana air susu put*ng saya tidak keluar. Saya minta tolong Puan bagilah Yusuff susu. Saya tidak mampu beli pampers, beli susu dan hantar Yusuff untuk vaksin. jagalah Yusuff macam anak Puan.
” Saya ikhlas titipkan Yusuff untuk keluarga Puan. Saya merayu biarlah Yusuff tinggal dengan Puan. Saya mahu ada orang sayang Yusuff. Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuff. hari ini, subuh ini Yusuff haus sangat. Semoga allah membalas kebaikan keluarga Puan..”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: hmetro via asiakini
0 Comments