Sebelum ini, pelakon dan penyanyi Kilafairy dikecam hebat oleh netizen selepas memuat naik gambar berpakaian motif kulit ular di laman Instagram.
Isu tersebut membuatkan ibunya, penyanyi Rohana Jalil terpanggil untuk membuka mulut dan memberitahu yang dia sudah tidak larat untuk menegur anaknya itu.
“Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar,” – Rohana Jalil
Menurut Rohana, dia pun pernah muda dan menganggap ia tindakan biasa anak muda.
“Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia (Kila) pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap,
“Lepas itu, empat ke lima bulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini,” – Rohana Jalil
Mengenai komen berbaur kecaman, Rohana menjelaskan tidak ambil pusing dan tidak kisan dengan kecaman ditulis netizen, memetik Harian Metro
Dia lebih suka tidak mengambil pedulidan tidak suka untuk terlalu fikirkan masalah memandangkan ia rahsia kekal sihat pada usia 64 tahun itu.
Manakala Kilafairy menjelaskan dia memakai pakaian sedemikian kerana selesa dan suka dengan apa yang dia pakai.
0 Comments