
KUALA LUMPUR: Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga.
Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.
Sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan penceraian itu sudah mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah.
Portal sama juga melaporkan bahawa wanita itu melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Mei 2019.
Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan bapa Rihana, Andrey Gorbatenko.
0 Comments