Ibu murid terjerlus lantai bas cerita detik duka

Ibu murid terjerlus lantai bas cerita detik duka

Ibu murid terjerlus lantai bas cerita detik duka


PASIR PUTEH: "Saya sedih kehilangan satu-satunya anak lelaki dan anak bongsu kesayangan keluarga."

Itu keluh ibu kepada murid tahun 6, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, yang maut terjerlus lantai bas ketika mengikuti rombongan sekolah pagi tadi.

Ibu mangsa, Nik Hasmani Mohamad, 44, dalam nada sebak berkata dia mengetahui kejadian daripada penganjur yang menyuruh dia dan suami Mohd Suria Ismail,46, segera ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

"Saya hanya dimaklumkan bas yang dinaiki anak terbabit dalam kemalangan namun terkejut apabila diminta ke bilik mayat," kata Nik Hasmani ketika ditemui di pekarangan bilik mayat hospital itu, hari ini.

Jasad Wan Muhammed Adam dibawa menaiki van jenazah.
Jasad Wan Muhammed Adam dibawa menaiki van jenazah.

Nik Hasmani berkata anaknya yang mesra dipanggil Adam ialah anak bongsu dan anak tunggal lelaki dia dan suami, Mohd Suria Ismail,46, daripada empat beradik selain mempunyai tiga anak perempuan -- Wan Nur Fazleen Amirah, 24, Wan Nur Fazreen Athirah,18, dan Wan Nur Faresya Amanda,15.

"Ketika tiba di hospital saya bertanyakan guru dan penganjur apa yang terjadi, namun mereka hanya mengangguk-angguk dengan wajah sedih.

"Suami masuk ke bilik mayat dan memberitahu anak cedera parah dengan sebahagian kaki hampir putus, isi perut terkeluar, patah di beberapa bahagian badan akibat digilis tayar bas," katanya.

Adam bersama kakaknya.
Adam bersama kakaknya.


Mayat mangsa yang sudah dibedah siasat dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Bakti, Bukit Belah,Machang dan jenazah dijangka dikebumi selepas Isyak malam ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Belah, Machang.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi tadi, mangsa Wan Mohammed Adam meninggal dunia selepas parah digilis tayar bas.

Difahamkan mangsa dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang bersama 30 lagi murid dalam perjalanan ke Bukit Keluang, Terengganu untuk menghadiri Bengkel Bahasa Inggeris selama dua hari anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang dan Empower.

Post a Comment

0 Comments