Hana Kata Bakal Cerai,PU Abu Kata Hana Silap Faham

loading...
Loading...
Hana Kata Bakal Cerai,PU Abu Kata Hana Silap Faham

Pendakwah bebas, Abu Sufyan Muhammad Mokhtar Rozaidi atau PU Abu menafikan dirinya tidak lagi tinggal serumah dengan isteri baharunya, Hana Azraa dan hanya ke Kuala Lumpur selama dua tiga hari atas urusan kerja.

“Kami masih suami isteri.

“Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak. Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari,” katanya kepada MHE TV.

PU Abu menjawab dakwaan sebuah portal yang mendakwa dia dan isterinya sedang dalam proses perceraian.

Menerusi portal berkenaan, Hana Azraa memberitahu dia dan suaminya itu telah membuat haluan masing-masing dan kini dalam proses perceraian.

Hana Azraa juga mendakwa PU Abu telah meninggalkannya di Kedah untuk menetap di Kuala Lumpur. –MHE TV

Post a Comment

0 Comments