Bilik dah penuh, jangan desak mintak bilik lain.Bilik hotel usang di P.Pinang jadi igauan ngeri 3 gadis

loading...
Loading...
Bilik dah penuh, jangan desak mintak bilik lain.Bilik hotel usang di P.Pinang jadi igauan ngeri 3 gadis

PERCUTIAN singkat tiga gadis ke Pulau Pinang bertukar ngeri apabila bilik hotel inapan mereka menerima tetamu yang tidak diundang.
Kisah mistik penginapan dua hari satu malam di hotel itu diceritakan oleh Echa Azira, 22, menerusi Twitter sehingga menerima lebih 16,400 perkongsian.
Mesra disapa Echa, dia bercuti ke sana bersama dua lagi sahabat baiknya, Azlein Sharein dan Gusmalina, sekitar Julai tahun lalu.

"Sebenarnya rancang saat akhir je untuk ke sana. Sampai pagi tu kami ke Bukit Bendera. Beberapa jam sebelum check in, dapat email tempahan dibatalkan, bilik hotel penuh.
Dari kiri, Aszlin Sharein, Gusmalina dan Echa.
"Tapi kami tetap pergi juga ke hotel tu, jadi kami dapat bilik lain, cuma kena tambah duit. Dari RM170 jadi RM280. Kami setuju je sebab penat dan fikir nak tidur.
"Bila masuk ke bilik tu, kawan saya dapat rasa lantai tu berhabuk, macam dah lama orang tak duduk. Langsir pun ada bintik-bintik hitam dan cadar berbau sikit," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Isnin.

Sebab tu pernah baca kat mana ntah bila staff hotel cakap bilik dah penuh, jangan desak mintak bilik lain.

NETIZEN

Menurut Echa, pada sebelah malamnya mereka bermain permainan BeanBoozled Challenge yang pernah menjadi ikutan ramai sebelum ini.
Sewaktu membuat rakaman video, mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.
Menjelang malam, bunyi-bunyian aneh semakin kuat kedengaran di dalam bilik berkenaan.
"Selepas bunyi ketuk pintu, kami ke kawasan katil. Masa tu saya duduk sebelah katil, tiba-tiba nampak bayangan hitam kat pintu.
"Kami fikir ada orang masuk, mungkin sebab tak kunci pintu. Bila periksa, pintu dah kunci sebenarnya.
"Lepas tu mulalah bunyi sofa kena seret, ketukan atas meja. Masa kawan saya solat, bunyi televisyen tiba-tiba jadi makin kuat," ujarnya lagi.
Mereka diganggu dengan bunyi ketukan pintu sewaktu membuat rakaman BeanBoozled Challenge.
Tambah Echa, gangguan bunyi berterusan sepanjang malam sehinggalah dia tertidur sambil mendengar alunan ayat suci al-Quran.
Lebih menakutkan Echa, dua rakannya pula seolah-olah tidak menghiraukan kejadian itu dan tenang sahaja biarpun pelbagai bunyi pelik mengganggu mereka.
"Saya memang dah nangis sebab takut. Tengok mereka berdua relaks je macam tak ada apa-apa.
"Saya buka surah Ruqyah dalam Yotube, pasang kuat-kuat. Tapi bunyi misteri tu pun makin kuat," ujarnya.
Menurut gadis dari Sentul, Kuala Lumpur itu, biarpun menakutkan, dia tidak serik untuk bercuti ke sana.
Kejadian melibatkan tiga sahabat ini berlaku pada tahun lalu.
Malah, dia menganggap gangguan itu boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan individu.
"Tak adalah serik. Semua hotel sama je, cuma mungkin nasib kami kurang baik masa tu.
"Masa nak check out tu, kami cakap nak pindah ke hotel lain untuk satu malam lagi.
"Pekerja hotel tu siap tanya, kenapa tak nak tinggal sini lagi," ujar Echa.
Sepanjang berada di sana, mereka sempat melawat beberapa lokasi seperti Bukit Bendera, Tapak Warisan Dunia Georgetown dan Hotel Hard Rock Penang.
Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen mereka di posting tersebut.
"Sebab tu pernah baca kat mana ntah bila staff hotel cakap bilik dah penuh, jangan desak mintak bilik lain," tulis @nikdotpm.
"I pernah check in hotel tu. Suka gila dengan hotel ni. Besar murah and bersih. Makanan pun sesedap. Tak tau pula ada bilik berhantu," tulis seorang lagi individu.

Post a Comment

0 Comments