Bantulah Nyonya Ini,Hari-hari Jerit Minta Makan...LAPAR!!

Bantulah Nyonya Ini,Hari-hari Jerit Minta Makan...LAPAR!!

Bantulah Nyonya Ini,Hari-hari Jerit Minta Makan...LAPAR!!
TOLONG menolong antara satu sama lain dalam masyarakat berbilang kaum sangat penting lebih-lebih lagi apabila masih ada golongan tidak berkemampuan yang terpaksa bergantung harap kepada bantuan orang ramai.
Tindakan seorang gadis Melayu yang membantu jirannya, warga emas berbangsa Cina membuktikan masih wujud inidividu berhati mulia dan tidak bersikap perkauman dalam menghulurkan bantuan pada zaman ini.
Setiap hari, Norshafika S.H Murad atau mesra disapa Ika akan menyediakan makanan buat warga emas berkenaan yang dipanggil nyonya serta anak perempuannya pada waktu tengahari dan malam.

Kesusahan yang dialami dua beranak ini menyebabkan hati Ika tersentuh tatkala melihat kehidupan mereka tidak terurus kerana faktor usia.
"Dari dulu saya selalu panggil nyonya... nyonya dengan anaknya memang selalu duduk di depan pintu rumah mereka dan setiap hari saya akan berikan makanan kepada mereka.
"Mereka tak ada upaya untuk memasak sebab dah tua, nyonya kalau tengok umurnya dalam lingkungan 80 tahun... anak perempuannya pula sekitar 40 tahun.
"Memandangkan saya duduk flat di tingkat tiga dan rumah nyonya di tingkat dua, mudahlah untuk saya tengok-tengokkan nyonya dengan anaknya," ujarnya ketika dihubungi mStar.
Posting yang dimuat naik Ika di laman Twitternya.
Lebih menyedihkan apabila dua beranak ini pernah menangis merayu meminta makanan kerana kelaparan.
Ika turut memberitahu, nasi goreng sentiasa menjadi pilihan mereka dan sangat teruja setiap kali dia memasak satu lagi makanan kegemaran dua beranak itu iaitu kari ayam.
Anak perempuan dia pun macam sakit tapi saya tak pasti dia sakit apa sebab saya tengok anaknya macam boleh berjalan tapi terlampau perlahan sangat.

IKA

Jiran prihatin

Sementara itu, melihat kepada keadaan kedua-dua mereka, Ika percaya mereka masih lagi dalam keadaan waras dan dilihat sering berbual bersama.
"Nyonya sebenarnya dah nyanyuk dan kadang-kadang dia akan menjerit panggil 'cucu'... tetapi saya dan keluarga tak pernah nampak cucu dia.
"Keadaan kaki nyonya pun dah bengkok dari dulu dan dia pun tak boleh berjalan.
"Anak perempuan dia pun macam sakit tapi saya tak pasti dia sakit apa sebab saya tengok anaknya macam boleh berjalan tapi terlampau perlahan sangat," katanya dengan nada sedih.
Anak perempuan nyonya nampak tidak terurus.
Tambah Ika yang menetap di Wangsa Maju, dia difahamkan bantuan dari kerajaan yang diberi kepada dua beranak ini juga semakin berkurangan.
Dalam pada itu, video berdurasi 10 saat yang dimuat naik Ika melalui posting di laman Twitternya itu menunjukkan dia sedang menyediakan nasi goreng buat mereka.
Gadis berusia 21 tahun ini juga berharap agar posting yang dimuat naik itu sedikit sebanyak dapat membantu dua beranak berkenaan.
Ika tersentuh melihat nasib jirannya dan berharap ada pihak yang sudi membantu mereka.
"Alhamdulillah setakat ni ada jugalah yang DM di Twitter bagitahu nak bantu nyonya dan anaknya.
"Kepada yang mempercayai saya, mereka yang ingin membantu nyonya ini boleh belikan barang-barang masakan untuk saya tolong masakkan.
"Nyonya dengan anak perempuannya pun jenis tak makan pedas, jadi kalau sesiapa nak belikan makanan untuk mereka dan hantar ke rumah dia pun boleh," katanya yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik di Universiti Kuala Lumpur.

Post a Comment

0 Comments