Alamak!!Apa Sudah Jadi?Putera William ‘Tak Kisah’ Kalau Salah Seorang Anaknya Jadi Gay!

Alamak!!Apa Sudah Jadi?Putera William ‘Tak Kisah’ Kalau Salah Seorang Anaknya Jadi Gay!

Alamak!!Apa Sudah Jadi?Putera William ‘Tak Kisah’ Kalau Salah Seorang Anaknya Jadi Gay!:



Isu sensitiviti LGBT banyak diperkatakan sejak awal tahun ini. Negara kita tidak terkecuali mendapat tempiasnya, tapi masih mengekalkan pendirian tidak akan menyokong dan menerima kerana bercanggah dengan agama rasmi.

Baru-baru ini, Putera William menjadi tumpuan media kerana jawapannya yang santai apabila ditanya perihal LGBT.

Putera William menjelaskan dia akan menerima seadanya jika mana-mana anaknya memberitahu bahawa mereka adalah homoseksual pada masa akan datang, tetapi bimbang akan tekanan yang mungkin mereka hadapi.

Semasa lawatan ke Albert Kennedy Trust, sebuah amal yang membantu golongan muda LGBT yang tiada tempat tinggal, di sana dia ditanya soalan cepu emas “Jika anak anda suatu hari nanti berkata ‘oh saya gay, oh saya lesbian, bagaimana anda akan memberi respon?”

                     
Putera William bersama Putera George dan Putero Charlotte. Foto – Getty

Putera William berkata dia ‘baik-baik’ saja jika Prince George, 5, Princess Charlotte, 4 atau Prince Louis memilih untuk keluar sebagai gay. 

Tapi mengakui dia takut akan respon negatif, kebencian, penghinaan dan penganiayaan yang akan mereka hadapi kerana status diraja.

“Do you know what, I’ve been giving that some thought recently because a couple of other parents said that to me as well. I think you really don’t start thinking about that until you are a parent, and I think — obviously absolutely fine by me. It worries me, not because of them being gay, it worries me as to how everyone else will react and perceive it and then the pressure is then on them.”
                         
Si bonus, Putera Louis dengan keletah yang mencuit hati. Foto – Getty

Ya, setuju… Yang pasti apa dan bagaimana anak anda di masa akan datang, jangan sesekali membuang, mengetepi dan menolaknya, terima mereka seadanya… Insyallah mereka akan berubah secara perlahan jika persekitaran positif menguasai diri. Respect!



Post a Comment

0 Comments