Terkini:Ainul Mardhiah Senyum Mama Baca Quran

Terkini:Ainul Mardhiah Senyum Mama Baca Quran

Terkini:Ainul Mardhiah Senyum Mama Baca Quran
Ainul Mardhiah . Kredit foto Instagram @_nrlerwani

KUALA LUMPUR - Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia sembilan bulan yang menghidap kanser mulut 'Germ Cell Tumour' sudah boleh menutup mulut hari ini.
Perkara itu dikongsi oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, melalui laman Instagramnya sebentar tadi.
Tambah Nurul Erwani, Ainul Mardhiah sudah membuka matanya seolah-olah mahu bercakap dengannya dan cuba menutup mulutnya sedikit demi sedikit.
"Ainul juga senyum apabila mama membacakan al-Quran," tulisnya melalui laman sosial itu.
Kata Nurul Erwani, beliau bersyukut Ainul Mardhiah sudah bersedia untuk dipindahkan ke wad biasa dan jarum-jarum yang dicucuk di tangan dan kaki sudah dicabut.
"Tangan Ainul tidak boleh duduk diam, kalau selimut atau balut tidak sampai seminit sudah dikeluarkan," tulisnya lagi.
Ainul Mardhiah menjalani pembedahan mengeluarkan tumor di mulutnya seberat 200 gram melalui satu pembedahan berisiko di London dua hari lalu. - K! ONLINE


Post a Comment

0 Comments