Syarat Pelik Fesyen Keluarga Di Raja Britain Yang Harus Di Ikuti

Syarat Pelik Fesyen Keluarga Di Raja Britain Yang Harus Di Ikuti

Syarat Pelik Fesyen Keluarga Di Raja Britain Yang Harus Di Ikuti
MENJADI sebahagian daripada keluarga diraja adalah satu keistimewaan terutamanya kepada golongan biasa yang berkahwin dengan komuniti elit itu.
Bagaimanapun setiap keistimewaan itu datang dengan pelbagai peraturan dan tradisi yang telah diamalkan sejak berzaman - termasuk protokol berpakaian ketika berada di luar istana.
Mungkin ada yang menganggap ia perkara remeh tetapi ini adalah 10 perkara yang perlu dipatuhi kerabat diraja Britian termasuk Kate Middleton, Meghan Markle dan paling utama ia menjadi amalan Ratu Elizabeth.
Memegang beg tangan pada sebelah kiri memudahkan mereka untuk bersalaman dan melambai ke arah rakyat.
1. Beg tangan dipegang dengan tangan kiri
Menurut pakar pengkaji keluarga diraja Britian, ada sebab tertentu Ratu Elizabeth, Meghan Markle dan Kate Middleton memegang beg tangan mereka menggunakan tangan kiri.
Ia bagi membolehkan tangan kanan mereka sentiasa bersedia untuk melambai ke arah rakyat termasuk bersalaman dan ia peraturan yang perlu diikuti.
Diana dan Meghan pernah melanggar peraturan dan memakai seluar ketika menghadiri acara bersama rakyat. 
2. Ratu Elizabeth tidak gemar memakai seluar
Ratu Elizabeth lebih gemar memakai skirt atau gaun berbanding seluar dan peraturan itu juga perlu diikuti kerabat yang lain.
Bagaimanapun mendiang Puteri Diana dan Meghan Markle beberapa kali dilihat melanggar peraturan ini ketika menghadiri majlis rasmi.
3. Tidak boleh terlalu seksi
Bagi menjaga kesopanan, pakaian seksi tidak dibenarkan dalam sebarang majlis rasmi, malahan pemakaian skirt juga perlu mengikut potongan dan gaya tertentu.
Menurut laporan Harper Bazaar, skirt yang dipakai tidak boleh melebihi tiga inci daripada lutut.
Gaun Diana mendapat kelulusan daripada Ratu Elizabeth.
4. Ratu Elizabeth perlu bersetuju dengan pilihan baju kahwin
Jika anda seorang kerabat atau berkahwin dengan golongan itu, baju kahwin yang dipilih perlu ditunjukkan kepada Ratu Elizabeth terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuannya.
Sekiranya beliau tidak bersetuju maka anda perlu mencari pillihan lain.
5. Pengilat kuku berwarna tidak dibenarkan
Pengilat kuku berwarna sama sekali tidak dibenarkan dan hanya boleh menggunakan pengilat rona natural sahaja.
Ratu Elizabeth membawa beg tangan sebagai alat informasi kepada kakitangannya.
6. Beg tangan adalah 'senjata' rahsia Ratu Elizabeth
Jika anda perasan Ratu Elizabeth tidak pernah berenggang dengan beg tangannya. Selain pelengkap gaya, ia sebenarnya digunakan untuk memberi signal kepada kakitangannya.
Sebagai contoh, jika beliau sudah bersedia untuk meninggalkan meja makan malam, Elizabeth akan meletakkan beg tangannya di atas meja.
Persalinan hitam perlu sentiasa dibawa sekiranya berlaku kematian.
7. Persalinan hitam wajib dibawa sekiranya ke luar negara
Antara peraturan yang diwajibkan kepada semua kerabat diraja Britian, setiap kali mereka berkunjung ke luar negara mereka perlu membawa bersama persalinan berwarna hitam.
Ia sebagai persediaan sekiranya mereka mendapat perkhabaran kematian ahli keluarga dan dengan itu mereka sudah bersedia untuk memakai pakaian hitam sekembalinya ke England.
Kasut baji hanya dibenarkan sekiranya tanpa kehadiran Ratu Elizabeth.
8. Kasut baji (Wedges) dilarang
Anda mungkin pernah melihat foto Kate Middelton sedang bermain bola tampar memakai kasut wedges tetapi awas jika Ratu Elizabeth berada di situ!
Antara peraturan berfesyen di istana, golongan wanita dilarang memakai kasut jenis itu terutamanya dengan kehadiran Ratu Elizabeth.
Kate mengenakan topi berbulu.
9. Jangan pakai jaket berbulu
Pada abad ke-14, Raja Edward III pernah bertitah tiada siapa dibenarkan memakai jaket berbulu termasuk golongan diraja dan menggunakan material itu pada topi dan sarung tangan.
Wanita dalam keluarga diraja hanya digalakkan untuk tampil dengan solekan dan gaya rambut ringkas.
10. Solekan nipis, gaya rambut ringkas
Wanita golongan diraja tidak dibenarkan berhias berlebih-lebihan, sebaliknya hanya tampil di khalayak ramai dengan mengenakan solekan tipis dan gaya rambut yang ringkas dan kemas. - COSMOPOLITAN

Post a Comment

0 Comments