KUALA LUMPUR: Saluran berita Astro AWANI membuat penafian secara jelas, bahawa pelakon Shaheizy Sam, serta syarikat yang dikaitkan dengan beliau - Bitcoin Future, tidak pernah muncul di mana-mana rancangan di stesen ini.
Penafian ini dibuat susulan sebuah berita yang muncul di atas talian yang menyatakan bahawa kononnya syarikat Bitcoin Future pernah ditemu-ramah oleh pengacara Astro AWANI - Ibrahim Sani, baru-baru ini.
Astro AWANI
0 Comments