Selesai melangsungkan majlis pernikahannya semalam, personaliti televisyen popular Ally Iskandar, 43, dilihat turut bersama ahli keluarga yang lain menghantar bekas isteri dan anaknya pulang ke United Kingdom.
Menerusi laman Instagram Farah Lee, dia dan anaknya, Maream Esabel yang berangkat pulang ke United Kingdom pagi ini berkongsi sekeping foto kenangan sebelum meninggalkan Malaysia.
Dan apa yang menarik perhatian warganet ialah kepulangan dua beranak itu ‘dihantar’ Ally dan isteri baharunya.
Sementara itu, setelah hampir tiga tahun memegang status duda, Ally atau Ally Iskandar Mohd Mardzi akhirnya menemui pengganti apabila melangsungkn pernikahan dengan seorang wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim pada Sabtu.
Ini merupakan perkahwinan kedua Ally selepas berkahwin dengan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012, namun pasangan itu bercerai pada 17 Ogos 2016.
Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun.
Semoga ikatan kekeluargaan antara mereka kekal dalam rahmatNya walaupun masing-masing sudah memilih haluan hidup yang berbeza. –
0 Comments