MELAKA: Penduduk di Bachang, Melaka gempar apabila sekurang-kurangnya 30 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam As Syakirin Pasir Putih, di kawasan itu, ditemukan rosak dipercayai akibat perbuatan khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kejadian sekitar 8.30 malam itu turut melibatkan dua buah kubur yang ditemui dengan kesan terbakar.
Seorang penduduk, Nik Syukran Muiz Rashid, 35, dia sedih selepas mengetahui kejadian berkenaan yang turut membabitkan lima buah kubur milik ahli keluarganya.
“Saya dapat panggilan telefon kubur Asyakirin Pasir Putih ni dibakar dan dipecahkan batu nisannya. Saya terus ke sini dan mendapati ada tiga pemuda yang mengatakan ada kebakaran dan kejadian pecahkan kubur. Sejurus itu saya terus hubungi polis,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad yang turut berada di lokasi kejadian enggan mengulas lanjut berhubung isu itu.
0 Comments