UCAPAN manis sempena sambutan Hari Bapa daripada Nabila Huda untuk bapanya yang juga penyanyi rock, Amy Search bertukar pahit apabila aktres itu berang dengan tindakan ibu tirinya.
Menerusi posting di Instagram, Nabila memuat naik paparan skrin komen ibu tirinya, Nourish Hassan yang menyatakan bahawa sebagai umat Islam, Amy tidak menyambut apa-apa sambutan seperti itu termasuk kejutan sempena hari lahir.
Posting itu mengundang rasa marah Nabila kerana menyifatkan ia dibuat untuk menyindirnya.
"Sebab tu aku cakap dia ni punca. Perlu ke nak cerita pasal rockstar, tak sambut hari jadi, tak sambut hari bapa, dia tak ucap kau, macam kau seorang je yang beragama Islam! Mulanya nak post benda sweet je untuk bapa sendiri.
Nabila bengang dengan status yang dimuat naik ibu tirinya.
"Hari lain pun saya boleh je post cuma semalam saya rasa nak buat... macam mana! Saya betul ikhlas dengan luahan saya terhadap dia. Itu cuma luahan seorang anak pada ayahnya. Salah ke benda tu sampai dia melibatkan agama? Entahlah, tak fahamlah!
"Kenapa buat benda jadi complicated ni @qasander? Tak payah la play victims. Padahal kau tau, kau punca aku berjauhan dengan bapa aku, sikit pun kau tak rasa bersalah. Patutnya kau tak payah la nak post benda-benda macam ni. You never change lah," katanya.
Nabila berkongsi kemarahan itu menerusi Instagram pada pagi Isnin.
Pada Ahad, pelakon filem Munafik ini ada memuat naik video dan kapsyen istimewa untuk bapanya bersempena sambutan Hari Bapa.
Nabila memuat naik ucapan dan kapsyen istimewa untuk Amy Search bersempena hari bapa.
Beberapa jam kemudian, Nourish pula memuat naik foto dan kapsyen memberitahu Amy kurang gemar jika anak-anak meraikan sambutan hari berkenaan dan menyifatkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Bagaimanapun, Nourish tidak menyebut secara khusus kepada siapa mesej itu ditujukan dan tidak lama kemudian dia menukar kapsyen tersebut.
"Walaupun dia rockers dia tak sambut hari ibu dan hari bapa. Dia cakap itu bukan untuk orang Islam dan famili dia tak pernah ajar daripada kecil walaupun kejutan hari jadi," tulis Nourish.
Gara-gara status itu, netizen beranggapan ia ditujukan kepada Nabila yang baru sahaja menulis ucapan Hari Bapa kepada Amy.
Nabila bersama suami dan anak tersayang.
Sementara itu, Nabila turut mendedahkan bahawa dia sering menjadi punca pergaduhan antara bapanya dengan wanita berkenaan dan hubungan dingin mereka masih belum berakhir.
"Lepas itu mulalah drama, nak cerailah, nak bawa anak lari, buat bapa aku sedih lagi, nanti bapa aku bertambah marah sebab aku, korang gaduh.
"Drama ulang-ulang sampai lah Abang Jamil (watak P. Ramlee dalam filem Madu Tiga) mampus! Asal kau rasa insecure sangat dengan aku ni?
"Jangan risau, aku tak akan rampas pun your truly rockstar tu. Darah dia ada dalam badan aku, sampai akhirat pun masih ada lagi. Astagfirullahalazim.... aduh, beginilah drama dalam hidup saya kawan-kawan!," ujarnya.
Amy dan Nourish.
Perkongsian Nabila itu turut mendapat sokongan pengikut termasuklah rakan-rakan artis yang mengharapkan dia kuat dan cekal berdepan dugaan hidup.
Untuk rekod, Amy dan Nourish berkahwin pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama dengan Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.
Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
0 Comments