'Malam tadi tidur depan saya' - Anak saudara Mawi meninggal dunia

'Malam tadi tidur depan saya' - Anak saudara Mawi meninggal dunia

'Malam tadi tidur depan saya' - Anak saudara Mawi meninggal dunia
ANAK saudara kepada penyanyi Mawi yang berusia tiga bulan meninggal dunia di kediamannya semalam secara mengejut.


Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, ia berlaku tanpa dijangka kerana bayi itu dilihat sihat tidur di hadapannya pada malam sebelumnya.

“Anak saudara saya umur baru 3 bulan malam tadi tidur depan saya sambil-sambil kami berborak adik beradik selepas majlis tahlil untuk arwah mak kami.

“Pagi tadi tengok-tengok dia dah tak sedar...Allah...Kau lebih tahu. Kami takde daya ya Allah..kau saja yg berhak ke atas kami.

“Semoga aman damai AZRA SYAKIRIN BINTI AZRI,” tulisnya.

Mawi yang juga penyampai radio Zayan berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Mawi dilihat bersama jemaah lain sedang melakukan solat jenazah.

Mawi turut menberi kata-kata semangat buat adiknya, Asmidah yang merupakan ibu kepada bayi tersebut.

“Harap kau kuat dan tabah @asmidah_ani  Apa pun yang berlaku balik la pada Dia, insya-Allah di situ ada ketenangan,” pujuknya.

Rata-rata memberikan ucapan takziah kepada Mawi sekeluarga di atas kehilangan salah seorang saudara mereka.




Setelah Kehilangan Ibu Tercinta’ Kali Ini Mawi Di Uji Lagi Kehilangan Orang Tersayang
Tatkala masih berduuka atas kehilangan ibu tersayang minggu lalu, penyanyi dan penyampai radio Mawi sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian anak saudaranya sebentar tadi.
Berita sedih itu dikongsi menerusi laman Instagram Zayan FM dengan memuat naik beberapa keping gambar kelihatan Mawi bersama isteri, Ekin Rahmat dan keluarganya.


Difahamkan, anak saudara yang masih bayi itu menghembuskan nafas terakhir di kediaman miliknya.
“Sama-sama kita doakan Al-Fatihah kepada anak saudara (bayi) cahayaasmawi yang meninggal dunia di rumah beliau.


“Sama-sama kita doakan, ujian berat untuk @cahayaasmawi & keluarga selepas kehilangan ibunya kini anak saudaranya. Al-fatihah,” tulis kapsyen tersebut.
Walaupun masih tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu, rata-rata menitipkan salam takziiah dan Al-Fatihah buat Mawi sekeluarga.
Terdahulu, Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani telah mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil untuk arwwah ibunya sebelum ini




Kehilangan orang tersayang membuatkan kita merasa sedih dan menangisi pemergiannnya namun semua ini adalah ujian dari Allah SWT menyeru hambaNya supaya bersabar dengan dugaanNya dan begitulah seterusnya dalam mengharuungi hidup ini.
Mari kita ucapkan Takziiah pada Mawi sekeluarga dan moga segalanya mendapat keampunan dan rahmat dari Allah SWT.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
sumber : gempak via celotehsaje/ohmymedia

Post a Comment

0 Comments