ANAK kepada pelakon Kazar Saisi, Ira sekali lagi mengundang kontroversi dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami orang.
Dakwaan itu mula berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi terutama mengenai perihal rumah tangga pengarah terbabit.
Mengakui tidak tahu-menahu mengenai dakwaan itu, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 60, berkata dia selalunya menjadi individu terakhir yang akan mengetahui mengenai apa-apa gosip atau kontroversi mengaitkan anaknya itu.
"Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku.
"Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira. Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita.
"Malah kami jarang berjumpa sebab dia selalu duduk di dalam bilik sahaja," katanya kepada mStar.
Nama Ira Kazar dikaitkan dengan tuduhan curang dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami kepada seorang pelakon.
Selain itu, Kazar turut mempersoalkan tuduhan curang yang dikaitkan dengan anaknya itu.
Kazar berkata, tuduhan curang tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan sungguhpun pengarah berkenaan selesa berkawan dengan anaknya.
"Cuba beritahu saya dia curang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat... mana ada istilah curang?
"Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap curang.
"Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah..." katanya.
Kazar bergambar kenangan bersama keluarga.
Dalam pada itu, Kazar juga memberitahu dia enggan mencampuri urusan Ira kerana menganggap anaknya sudah cukup dewasa untuk membezakan perkara baik dan buruk.
"Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun... sudah bukan dalam tanggungan. Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam... sampai dah tak larat nak layan gosip-gosip tentang dia.
"Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa bercinta semuanya manis. Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fitnah," katanya.
Sebelum ini, nama Ira menjadi sebutan netizen apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang menghairahkan.
Malah gadis ini juga pernah menjadi buah mulut netizen apabila gambar dia mencium pipi seorang jejaka tular di media sosial.
Tindakan gadis berusia 24 tahun ini membuatkan nama bapanya turut terpalit dengan isu berkenaan.
Terkejut Bapa Ira Kaza Bila Gambar Anak Dia Mencium Lelaki Menjadi Kecaman, Ini Respond Ayah Ira Kaza Tentang Gambar Cium Tersebut
Pelakon Kazar Saisi memberikan komen mengenai sekeping foto anaknya, Ira Kaza yang bercium dengan seorang lelaki.
Foto anak Kazar atau nama sebenarnya, Kazaruddin Saisi, 59, yang mencium pipi jejaka itu telah disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Ira atau nama sebenarnya, Fadira Fatini Kazaruddin, 23, memuat naik foto tersebut di ruangan Instagram Stories akaun laman sosial miliknya, @irakaza.
SIAPAKAH LELAKI TERSEBUT YANG IRA KAZA CIUM?
“Saya baru sahaja melihat foto terbabit apabila diberitahu oleh pihak media. Sebenarnya, lelaki dalam gambar tersebut adalah sepupu Ira dan merupakan anak kepada Helmi The Gimmik.
“Hubungan mereka memang terlampau rapat semenjak kecil. Namun begitu, saya mengakui perkara tersebut salah dan tidak boleh dilakukan oleh Ira.
“Ira tidak boleh cium pipi sepupunya dan dia juga tidak boleh memuat naik foto-foto sebegitu di laman sosial. Saya sudah berpesan kepadanya agar menjaga nama saya elok-elok.
BAPA TIDAK SETUJU APA YANG DILAKUKAN OLEH IRA
“Perkara terbabit tak boleh dilakukan oleh Ira. Saya tak setuju, apatah lagi pandangan orang lain, pastinya tidak manis,” kata Kazar.
Tambah Kazar, dia turut berharap agar Ira tidak mengulangi lagi perkara tersebut.
BUDAK ZAMAN SEKARANG MEMANG DAH LAIN MACAM
“Saya hanya boleh menasihatkan dia. Budak-budak sekarang tidak boleh dimarahi. Saya sudah berpesan agar jaga diri elok-elok serta menjaga nama saya.
“Dalam Instagram saya sering menasihati orang lain, apabila perkara sebegini terjadi, saya takut orang akan cakap perkara lain pula,” kata Kazar ketika ditemui di majlis pelancaran supertelefilem Budak Kripto.
Karya tersebut bakal mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Din CJ yang pernah menempa populariti menerusi drama bersiri Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun.
Selain Kazar, karya yang bakal menjalani penggambaran bermula 25 April depan di sekitar Perak ini menampilkan pelakon lain seperti Fahrin Ahmad, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Accapan, Mamat Khalid dan dua orang bakat baru, Zam Azmi dan Nurul Hida.
0 Comments