Dua Remaja Lelaki Mengunyit Atas Motor Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Dua Remaja Lelaki Mengunyit Atas Motor Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Dua Remaja Lelaki Mengunyit Atas Motor Akhirnya Tampil Beri Penjelasan
DUA remaja lelaki yang dikaitkan dengan sebuah video kelakuan tidak senonoh di kawasan perumahan tampil memberi penjelasan.
Dua remaja lelaki yang berusia 18 tahun itu dikatakan bersahabat baik dan mengakui perlakuan mereka beberapa kali berpelukan seperti mana dipaparkan dalam video itu ada kisahnya tersendiri.
Video berdurasi 49 saat itu mendapat pelbagai kritikan dan kecaman, lebih-lebih lagi daripada penduduk di kawasan Sungai Isap, Kuantan.

Menurut penjelasan dua remaja yang hanya dikenali Izzul dan Aliff itu, apa yang dilihat dalam video tersebut bukanlah seperti yang difikirkan oleh orang ramai.
Kelakuan dua remaja yang menimbulkan kemarahan netizen.

"Saya rasa semua dah tahu pasal gambar dan video yang viral di Sungai Isap. Saya mengaku itu adalah saya. Tetapi semua itu cuma salah faham dan hanya fitnah.
"Saya harap kamu semua tidak percayakan itu," jelas Izzul dalam satu mesej WhatsApp yang tular media sosial selepas kejadian tersebut.
Dia turut menjelaskan tindakan memeluk kawannya itu adalah untuk berkongsi perasaan sedih kerana dia bakal menyambung pengajian.

"Saya sedih sangat-sangat sampai menangis sebab kena masuk belajar. Jauh dengan mak dan ayah. Kena hidup seorang diri, buat apa pun semua sendiri.
"Saya tak yakin boleh buat semua tu. Saya tak nak menangis depan mak ayah sebab tak nak mereka sedih. Saya nak mereka happy bila saya masuk belajar nanti.
"Jadi masa saya sedih tu, Aliff peluk dan pujuk supaya tidak menangis, dia bagi kata-kata semangat. Itulah yang sebenarnya terjadi," katanya.
Sebahagian daripada komen pelayar Facebook mengenai video viral dua remaja di Kuantan Sabtu lalu.
Dia turut berharap semoga tidak ada perkara buruk berlaku ke atas mereka.
"Saya harap semua orang akan sokong kami."
Video yang dimuat naik Sabtu lalu di Facebook telah mendapat lebih 1,000 perkongsian.
Malah ia juga turut mendapat pelbagai kecaman dan kritikan daripada pelayar-pelayar Facebook.

Post a Comment

0 Comments