PENGACARA dan personaliti televisen, Ally Iskandar menamatkan zaman duda apabila bergelar suami kepada wanita bernama Marlina Ibrahim dengan sekali lafaz pada Sabtu.
Menerusi foto yang tersebar di media sosial, pengacara Malaysia Hari Ini itu melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis di Temerloh Pahang.
Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah Al-Quran kepada wanita itu.
Foto pernikahan Ally Iskandar yang tersebar di media sosial.
Sebelum ini Ally pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti media sosial Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maream Esaabel yang kini berusia lima tahun.
Isteri Ally Iskandar, Marlina Ibrahim.
Dalam pada itu, laman sosial bekas isterinya Farah Lee, mula dibanjiri pertanyaan berkaitan perkahwinan Ally.
Farah yang menjawab soalan netizen menjelaskan dia sudah mengetahui perkara itu sejak awal lagi.
"Sudah tentu saya tahu perkara ini lebih awal," tulisnya.
Ally bersama anak dan bekas isteri.
Farah juga berkata, dia tumpang gembira dengan berita tersebut dan menganggap perkara itu tidak membuatkan dia sedih.
"Saya tidak perlu untuk tabah, dia bukan milik saya dan langsung tidak berada dalam hati ini.
"Saya tumpang gembira atas perkawhinan mereka," tambahnya.
0 Comments