Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa selebriti terkenal Malaysia kelahiran Singapura sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila terbabit dengan satu jenayah melibatkan seorang pelakon popular Indonesia, Raja Yunika Putri.
Aliff Aziz Dituduh Curi Duit
Dapat Perhatian Pihak Polis Singapura
“Ketika berada di Clarke Quay, saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) saya hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter. Ketika membuat bayaran saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.Dalam pada itu, Yunika turut berterima kasih atas bantuan rakannya yang juga Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq kerana membantunya sehingga kes berkenaan mendapat perhatian polis negara berkenaan.
Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya.Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,”
Rayu Tarik Balik Laporan
Terbaru menerusi Harian Metro, Yunika mendedahkan selebriti itu merayu supaya dia menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.“Pada awalnya, dia tidak percaya dan mencabar saya membuat laporan polis. Namun, apabila laporan dibuat dan pihak polis memanggilnya untuk siasatan, barulah dia mengaku perbuatannya”Jelas Yunika, biarpun begitu dia tetap akan teruskan dengan laporan tersebut atas nasihat beberapa pihak.
0 Comments