Bayi Di Jerut Ibu Ketika Tukar Pampers

Bayi Di Jerut Ibu Ketika Tukar Pampers

Bayi Di Jerut Ibu Ketika Tukar Pampers
Viral di media sosial ketika ini video seorang wanita memukul dan menampar anaknya tanpa belas kasihan.

Dalam klip video berdurasi 1 minit 35 saat itu menunjukkan wanita itu menghempas mangsa ke atas tilam sebelum memukul pahanya beberapa kali ketika mahu memakaikan lampin pakai buang padanya. 

Muka mangsa yang berusia lingkungan dua tahun itu juga ditampar dan dadanya ditekan dengan kuat oleh si ibu yang melepaskan geram. 

Mangsa yang tidak berdaya melawan hanya mampu menangis menahan kesakitan, namun si ibu tidak sedikit pun berasa kasihan dengan anaknya itu. 

Si ibu cuba membuka baju mangsa tetapi anak kecil itu tidak memberi kerjasama lalu menyebabkan dia dipukul dengan kuat di belakang badan.

Tidak cukup dengan itu, dia cuba membuka pakaian mangsa secara paksa dan mengoncangnya sekuat hati sehingga membuatkan anak kecil itu terjerut seketika yang kemudian dihempas ke atas tilam. 

                                   
Sementara itu, polis meminta orang ramai mengesan wanita terbabit dan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat berhubung kes dera itu. 

Post a Comment

0 Comments