Adik Ini Silap Dalam Penulisannya Tapi Tiada Duit Untuk Beli Pemadam. Apa Yang Dilakukannya Mengundang Sebak Netizen

Adik Ini Silap Dalam Penulisannya Tapi Tiada Duit Untuk Beli Pemadam. Apa Yang Dilakukannya Mengundang Sebak Netizen

Adik Ini Silap Dalam Penulisannya Tapi Tiada Duit Untuk Beli Pemadam. Apa Yang Dilakukannya Mengundang Sebak Netizen:



Disebabkan kemiskinan, terlalu ramai kanak-kanak yang terpaksa meng0rbankan pengajian mereka.

 Tetapi ada juga segelintir yang cekal meneruskan perjuangan. Kanak-kanak berasal dari Filipina bernama Harold Labutong ini merupakan salah seorang daripada mereka yang menunjukkan keazaman yang tinggi untuk belajar.

                     
KECEKALAN DAN KEAZAMAN YANG TINGGI

Keluarganya yang miskin tidak mampu untuk membeli sebuah pemadam pun. Harold tekad menggunakan segala apa yang ada padanya untuk mengatasi masalah kekurangan yang dihadapinya ini.

Pernah pada satu hari, Harold telah melakukan kesilapan di dalam penulisannya dan meminjam sebuah pemadam daripada rakannya. Rakannya memberitahu pemadam itu tadi sebenarnya diperbuat daripada selipar.

                   
SELIPAR DIJADIKAN PEMADAM

Harold tertanya-tanya sekiranya seliparnya boleh dijadikan pemadam, lalu mencubanya sendiri – dan ianya berhasil! Sejak itu, dia sentiasa membawa sebelah selipar dan meletakkannya di atas mejanya.

Menurut gurunya, Harold ialah seorang pelajar yang rajin belajar. Tetapi keluarganya sangat miskin sehinggakan sebatang pensil pun terlalu mahal buat mereka.

                       
Pensil yang ada pada Harold digunakannya sehingga ia menjadi sangat pendek dan sukar untuk dipegang dengan betul. Tetapi Harold tidak mahu membuangnya kerana dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk belajar.

Pelajar ini berjuang berhabis-habisan untuk mengatasi kekurangan serta kesukaran yang dihadapi.

Sebenarnya, ada ramai lagi pelajar-pelajar miskin seperti Harold di dalam kelasnya. Dan masing-masing menghadapi kekangan dan cabaran yang berbeza.

Sejak Harold menyedari seliparnya boleh dijadikan sebagai pemadam, dia kongsikannya dengan rakan-rakannya yang lain.

Dan kaedah memadam ini menjadi sangat popular. Guru Harold mengambil gambar Harold menggunakan seliparnya untuk memadam dan memuat naikkan gambar tersebut ke laman media sosial.

Hati para pengguna internet tersentuh melihatkan gambar berkenaan dan ramai yang tampil menderma alat-alat tulis kepada pelajar-pelajar cekal ini.

Post a Comment

0 Comments