Abang Terpalit Video S3ks.Azwan Ali Tak Terkejut

Abang Terpalit Video S3ks.Azwan Ali Tak Terkejut

Abang Terpalit Video S3ks.Azwan Ali Tak Terkejut

SELEBRITI dan pengacara Azwan Ali menasihati abangnya, Azmin supaya tabah dan dapat membersihkan nama berhubung penyebaran video seks membabitkan individu yang didakwa mirip menteri Kabinet itu.
Bercakap kepada mStar, Azwan yang kini berada di London, United Kingdom berkata, apa yang berlaku itu merupakan dugaan buat abangnya sebagai ahli politik.
“Bagi saya, ia merupakan ujian terbesar buat beliau dengan kedudukannya sekarang sebagai menteri dan ahli politik. Mungkin ada pihak cuba untuk jatuhkan dia.

“Beliau kena kuat. Saya berharap beliau tabah dapat menghadapi dakwaan ini dan membersihkan namanya sekiranya ia adalah fitnah,” katanya ketika dihubungi mStar.
Azwan menetap di London, United Kingdom sejak Februari lalu. Foto instagram @divaazwanavazztersohor
Azwan yang berhijrah ke London sejak Februari lalu berkata, dia tidak terkejut semasa menerima beberapa klip video seks tersebut menerusi WhatsApp kerana sebagai seorang adik, dia lebih mengenali abangnya.
Sebelum ini, umum mengetahui hubungan adik-beradik antara Azwan dan Azmin sentiasa tegang dan sering berbalah antara satu sama lain termasuklah tindakan Azwan yang bertanding atas tiket bebas menentang Azmin dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, Bukit Antarabangsa.
Azmin menang di DUN itu.
“Saya beri nasihat untuk beliau supaya kuat hadapi ujian terbesar ini bukan sebab video dakwaan yang tersebar tetapi kerana saya lebih mengenali dia,” tambahnya.

Sama ada positif atau negatif, terpulang kepada rakyat untuk menginterpretasikan dakwaan tersebut.

AZWAN ALI

“Saya tidak terkejut langsung dapat video-video tu. Saya sebagai adik lebih mengenali dia macam mana.
“Sama ada positif atau negatif, terpulang kepada rakyat untuk menginterpretasikan dakwaan tersebut,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai video itu.
Sejak Selasa, rakaman video seks dua lelaki dengan salah seorangnya didakwa menteri Kabinet tular di media sosial.
Sementara itu, mengulas isu tersebut, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penyebaran beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri.
Kata perdana menteri, beliau baru sahaja mendengar mengenai perkara tersebut.

Post a Comment

0 Comments