"Saya Ada Hantar Pesanan Pada Bella Di Instagram Tapi Bella Tak Layan,Keluarga Tak Ambil Tahu

"Saya Ada Hantar Pesanan Pada Bella Di Instagram Tapi Bella Tak Layan,Keluarga Tak Ambil Tahu

"Saya Ada Hantar Pesanan Pada Bella Di Instagram Tapi Bella Tak Layan,Keluarga Tak Ambil Tahu



“Sumpah demi Allah, Aliff tidak ada buat apa-apa dengan saya. Kami sekadar mengambil gambar di sebuah parti. Ramai lagi gadis pada waktu itu.”



Selepas beberapa hari, Nismel yang berusia 16 tahun itu tampil membuka mulut secara eksklusif kepada portal MHE TV berkaitan palitan kontroversi foto tidak senonohnya bersama pelakon Singapura, Aliff Aziz.

Gadis itu mengakui langsung tidak mempunyai hubungan dengan Aliff, sebaliknya hanya berkawan sebagai tetamu di parti.

Nismell mendakwa, beliau hanya berkongsi foto tersebut dengan rakannya, sebelum tanpa diduga menjadi tular hingga menyebabkan namanya terheret sekali dalam isu rumah tangga penyanyi berkenaan.

     

saya ada hantar pesanan pada bella di instagram tapi nismell 2

Kredit foto: Instagram @nismelll__
     

“Sedih sangat bila orang kutuk dan kecam. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Tak tahu hendak mengadu kepada siapa. Keluarga? Mereka pun seperti tidak mahu ambil tahu.

“Saya cuba untuk berubah, tapi bila kena kecam macam itu saya terlalu tertekan. Tak berhenti menangis. Masyarakat tak faham. Tanya tuan badan sebelum bercakap,” katanya sebak.

Nismell kali ini lebih senang untuk mengakui kesilapannya dan memohon maaf sekiranya apa yang berlaku menjadi punca kepada perceraian pasangan itu.



“Saya ada menghantar pesanan kepada Bella di Instagram, tapi dia tak baca lagi. Saya tahu Aliff suami orang, takkan saya nak buat benda tak elok dengan dia. Bella, saya minta maaf. Saya sekadar bergambar sahaja,” katanya.

     

Sumber berita: MHE TV

Post a Comment

0 Comments