Penyanyi Opick Mimpi Bulan & Bintang Sebelum Diamanahkan Menjaga Rambut Rasulullah SAW.

Penyanyi Opick Mimpi Bulan & Bintang Sebelum Diamanahkan Menjaga Rambut Rasulullah SAW.

Penyanyi Opick Mimpi Bulan & Bintang Sebelum Diamanahkan Menjaga Rambut Rasulullah SAW.
Bayangkan apa perasaan kita apabila diberi satu barang yang jauh lebih berharga dari emas dan wang ringgit?
Inilah perasaan yang dirasai oleh penyanyi dakwah dari seberang Opick apabila diamanahkan menjaga sehelai rambut Nabi Muhammad SAW sejak beberapa hari lalu.
Di sebalik ramai yang bertanya bagaimana dia memperoleh dan mendapat keistimewaan menjaga amanah ini (hal ini dibuktikan melalui surat dikeluarkan oleh Dewan Ulama Thariqah Internasional dan pemerintah Turki), ada juga pihak yang mempertikaikan ketulenan rambut yang dipegangnya ini termasuk dari Dewan Ulama Indonesia yang berkata, hanya al-Quran dan hadis adalah tinggalan paling jelas dari Nabi Muhammad SAW untuk umatnya di dunia ini.
Penyanyi Opick diamanahkan menjaga sehelai rambut Rasulullah yang diberikan kepadanya oleh pemerintah di Turki dan Dewan Ulama Thariqah Internasional
Dalam satu hadis dinyatakan individu akan mendapat barakah apabila menyentuh tinggalan baginda Nabi. Masa yang sama pastinya tidak meninggalkan al-Quran dan hadis yang menjadi pegangan umat Islam sejak dulu
 Bermimpi bulan dan bintang jatuh di halaman rumah
Kapan Lagi yang melaporkan berita dianggap istimewa ini menjelaskan sebelum diberikan amanah menjaga sehelai rambut Rasulullah ini, Opick mengakui dia bermimpi bulan dan bintang jatuh di halaman rumahnya.
“Bulan jatuh di tangan dan bintang di halaman rumah. Dalam mimpi itu lagi, bintang kemudiannya diletakkan di tangan saya. Kemudian ada suara menyatakan, Imam Mahadi dan Nabi Muhammad akan turun,” kata Opick yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Tangerang, Banten minggu lalu ketika berita ini tular di seluruh Indonesia.
Bayangkan perasaan kita menyentuh barangan tinggalan Nabi Muhammad, insan pemberi syafaat di akhirat kelak.
Barangan tinggalan dijaga rapi
Memandangkan barang dimilikinya bukan biasa-biasa dan menjadi idaman seluruh umat Islam untuk menyentuhnya, semasa membawa rambut Rasulullah tersebut Opick diapit dan dijaga rapi oleh sekumpulan individu yang mahu memastikan barangan itu selamat dan terjaga rapi.
Malah pernah dalam satu kejadian di Russia, sewaktu negara tersebut dipinjamkan sehelai rambut Rasulullah SAW serta beberapa barangan peribadi Baginda Rasul untuk pameran, penerbangan yang membawa rombongan barangan ini diapit oleh tujuh jet pejuang bagi memastikan keselamatan barangan terjaga rapi. Malah sewaktu ia dipamerkan di muzium di sana, umat Islam yang mahu melihatnya perlu membayar sejumlah wang untuk memasuki muzium.
Biar ada pihak mempertikaikan ketulenan barangan dimilikinya, Opick akui dia hanya diberi amanah sebagai penjaganya. Malah dia juga bermimpi bulan dan bintang jatuh di halaman rumahnya sebelum memiliki barangan berharga ini
Ada syarat sebelum diamanahkan menjaganya
Jelas Opick, sebelum diberikan amanah ini, penjaga rambut Rasulullah ini merupakan seorang penghafaz al-Quran dan bibirnya tidak pernah lekang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.
“Saya pula diamanahkan harus mengaji  al-Quran 24 jam. Tidak boleh lalai dan leka,” katanya mengakui rambut Rasulullah ini akan dijaga 24 jam oleh penghafaz al-Quran dan memaklumkan pemberian barang ini kepadanya untuk sama-sama dilihat oleh umat Islam agar mendapat barakah kerana Rasulullah adalah orang yang dicintai oleh umat islam di seluruh dunia.
Dewan Ulama Thariqah Indonesia sahkan asli
Di sebalik berita menggemparkan ini, ada sesetengah pihak mempertikaikan keaslian rambut Rasulullah ini. Ini kerana belum pernah terjadi dalam sejarah sejak ribuan tahun lalu di mana orang perseorangan atau individu diberi amanah menjaga barangan peribadi Rasulullah kecuali mereka adalah dari keturunannya.
Dalam isu ini panas dan menjadi pertikaian, Dewan Ulama Thariqah Indonesia telah memaklumkan dan menyatakan kebenaran keaslian rambut  Nabi Muhammad SAW yang dipegang oleh penyanyi ini.
Dan rambut suci yang dipegang oleh Opick telah lebih dua tahun dipegang oleh Dewan Ulama Thariqah Indonesia sebelum menjadi aset bersama Dewan Ulama Thariqah Internasional Turki. Rambut suci ini telah sering dikunjungi oleh kalangan Ulama, Habaib, dan Syekh dari dalam negeri mahu pun dari luar negeri. Tentunya para ulama tersebut menyakini kebenaran dan keaslian rambut suci ini,” ujar DR. Zubair Ahmad, M.Ag selaku Sekretaris Dewan Ulama Thariqah Indonesia.
Kenapa Opick Terpilih Menjaga Rambut Rasulullah?
Bayangkan, bukan seorang ulama namun diberikan amanah menjaga rambut Rasululllah? Ini jawapan dari Dewan Ulama Thariqah Indonesia mengenai isu ini.
“Mustasyar Dewan Ulama Thariqah Internasional yakni Syekh Fatih Nurullah Efendi sebagai salah satu keturunan  dari Kesultanan Usmaniyyah Turki telah mengeluarkan satu surat rasmi yang di dalamnya terkandung salasilah mengenai keturunan Nabi Muhammad yang diamanahkan menjaga rambut tinggalan Baginda sejak ribuan tahun dahulu.  Surat ini dikeluarkan agar ia diterima orang ramai memandangkan Opick bukan dari kalangan ulama,” jelas Zubair.

Post a Comment

0 Comments