Guys , mmbe aku hilang semalam and might be kena rompak sbb kereta grab dia penuh dgn blood stains, hopefully nothing bad happen to him bulan ramadhan ni pic.twitter.com/kYRlZDaAah
Difahamkan, kali terakhir Mohammad Hanafie Jaafar dilihat adalah pada jam 4 pagi Sabtu dan keretanya ditemui di kawasan Indah Permai, di belakang pasar raya Giant, di kawasan tempat letak kereta dan tapak bazar.
Susulan penemuan itu, ahli keluarga pemandu Grab telah dipanggil untuk mengenal pasti mayat berkenaan.
Menurut tweet terkini Azuljailani, ahli keluarga telah mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah mayat mangsa.
"Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangna orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah," tweetnya.
0 Comments