Individu yang dianugerahkan dengan bakat seni yang kreatif memang unik dan luar biasa.
Seorang pelukis berasal daripada China, Leng Jun boleh dianggap pelukis yang mempunyai anugerah yang tidak ternilai.
Ini kerana, Leng Jun mempunyai bakat melukis bukan biasa-biasa dan jarang dimiliki oleh pelukis lain. Dia dikatakan mampu melukis sesuatu imej atau objek hingga nampak realiti dan hidup.
Sebuah lukisan yang tular iaitu lukisan wajah perempuan yang cantik, dilukis oleh Leng Jun dilihat begitu teliti. Tidak nampak cacat celanya. Nampak sangat menyeluruh!
Leng Jun digelar ramai sebenarnya seorang pelukis yang begitu teliti. Dia tidak mahu terikut-ikut melukis cara barat.
Leng Jun menghasilkan sebuah karya lukisan itu dengan kesederhanaan namun mempunyai perasaan pada lukisan. Disebabkan itu dia telah diletakkan sebaris dengan pelukis ternama sedia ada di serata dunia.
Dia juga pernah memenangi Anugerah Seni Cina Pameran Lukisan Minyak Tahunan ke-2, Beijing, dan Anugerah Emas di Pameran Tahunan Chinese Art ke-3.

0 Comments