Michael Ang baca solat dalam bahasa Inggeris: Sah atau tidak? Ini penjelasan Mufti WP

Michael Ang baca solat dalam bahasa Inggeris: Sah atau tidak? Ini penjelasan Mufti WP

Michael Ang baca solat dalam bahasa Inggeris: Sah atau tidak? Ini penjelasan Mufti WP


MANA-mana individu yang tidak mampu menghafal Al-Fatihah ketika bersolat agar membaca 'bismillahirahmanirahim' dan mengulanginya sebanyak tujuh kali, pesan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

"Jika langsung tidak boleh membaca mana-mana ayat daripada al-Qur’an, maka bolehlah orang itu menggantikannya zikir-zikir", jelas Dr. Zulkifli menerusi artikel yang diterbitkan beliau di laman web Mufti Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Pesanan ini dibuat beliau ketika merujuk kepada pendedahan pengarah sensasi Michael Ang yang mengakui terpaksa melafazkan bacaan dan surah solat fardu dalam bahasa Inggeris kerana mengalami kesukaran untuk membacanya dalam bahasa Arab selepas lebih setahun memeluk Islam.

"Adapun perbuatan menterjemah (bacaan dan surah solat fardu) mengikut pandangan jumhur ulamak tidak dibenarkan kecuali satu pendapat dalam mazhab Hanafi yang menyatakan boleh untuk membaca seperti terjemahan akan tetapi diberi tempoh tertentu."

"Kepada yang tidak mampu baca al-Fatihah dalam bahasa Arab, bacalah ayat al-Quran seperti 'bismillahirahmanirahim' yang diulang tujuh atau lapan kali seolah-olah sudah menyamai surah al Fatihah."

Beliau juga berpesan agar mana-mana individu yang tidak mampu menghafal bacaan wajib ketika bersolat mulakan dengan menghafal perkara-perkara rukun terlebih dahulu seperti al-Fatihah.

"Mungkin boleh hafal secara beransur-ansur mengikut potongan ayat seperti menghafal satu hari satu ayat atau satu minggu satu ayat dan kemudian menambah lagi sedikit demi sedikit secara beransur-ansur," jelasnya

Minggu lalu, Michael membuat pengakuan mengejut bahawa sudah memeluk agama Islam sejak lebih setahun lalu. 

Post a Comment

0 Comments