Inilah antara insan paling beruntung yang kehidupannya berubah sekelip mata bak Cinderella.
Ada yang melalui episod percintaan, ada juga kerana sudah mempunyai pertalian hubungan antara kaum keluarga serta pelbagai lagi sebab kenapa jejaka berdarah bangsawan memilih wanita biasa ini sebagai suri rumah.
Selain Kate Middleton, Grace Kelly dan Meghan Markle, siapa lagi yang layak dipanggil Cinderella?
Wanista bocorkan…
Grace Kelly
Ikon kecantikan ini merupakan seorang aktres sekitar era 50-an sebelum bersara 1956 kerana memilih untuk berkahwin dengan Rainier III, merupakan seorang putera Monaco. Mereka berdua bertemu ketika sesi penggambaran di Cannes Film Festival pada tahun 1955.Sofia Hellqvist
Sebelum menjadi Puteri Sweden, Sofia Hellqvist merupakan seorang model dan peserta rancangan realiti televisyen. Prince Carl Phillip dan Sofia mula dating tahun 2010 dan mendirikan rumah tangga pada Jun 2015.Masako Owada
Masako Owada adalah graduan Harvard dalam bidang ekonomi dan kembali ke Jepun untuk belajar undang-undang di University of Tokyo pada tahun 1986. Pada tahun yang sama, dia bertemu dengan Putera Mahkota Naruhito ketika menghadiri tea time Duchess of Lugo. Masako dilamar dan pasangan itu berkahwin pada 1993.Letizia Ortiz
Sebelum mengahwini Prince Felipe VI dan menjadi permaisuri Sepanyol, wanita cantik yang hebat berfesyen ini hanyalah seorang wartawan dan pembaca berita biasa.Rania Al-Abdullah
Rania Al-Abdullah adalah permaisuri negara Jordan selepas mengahwini Abdullah bin al-Hussein. Sebelum itu, dia bekerja dalam pemasaran di Citibank dan Apple Computer di Amman. Bertemu dengan suaminya pada majlis makan malam bulan Ogos 1992 dan mereka berkahwin pada Jun 1993.Tatiana Blatnik
Wanita ayu ini merupakan graduan universiti Georgetown dalam ijazah sosiologi tahun 2003, berjumpa dengan Prince Nikolaos of Greece pada tahun yang sama. Kedua mereka menamatkan zaman bujang pada Ogos 2010.Gen. Suthida Tidjai
Pada 1 Mei 2019, raja Thailand Maha Vajiralongkorn mengejutkan rakyat Thailand dengan perkahwinan bersama pengawal peribadi Gen. Suthida Tidjai. Wanita ini bekerja sebagai pramugari untuk Thai Airways dan kemudiannya menjadi jeneral di tentera Thailand sebelum menyertai pasukan keselamatan Vajiralongkorn.Michiko Shōda
Mantan Empress of Japan ini menemui suaminya Putera Mahkota Akihito ketika sedang bermain tenis pada tahun 1957. Pasangan ini berkahwin tahun 1959 dan rumah tangga mereka sudah berusia 60 tahun sehingga ke hari ini.Meghan Markle
Khabarnya Putera Harry menyimpan perasaan selepas menonton siri Suit sebelum kedua-duanya diperkenalkan satu sama lain dalam sesi gathering kecil. Meghan Markle yang merupakan aktres, aktivis, dan usahawan mengikat perkahwinan dengan Putera Harry pada 19 Mei 2018.Kate Middleton
Ketika bertemu Putera William pada tahun 2001, Kate Middleton merupakan pelajar bidang sejarah seni di University of St Andrews. Percintaan yang pasang surut itu diakhiri dengan sebuah perkahwinan pada 29 April 2011.Ini antara individu wanita yang dikenali malah ceritanya menjadi perhatian tabloid… Di Malaysia juga banyak kisah Cinderella berlaku cuma jarang dijaja sahaja.
0 Comments